dan.ting
Daniel Ting

Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggenakan hukuman penggantungan selama enam bulan kepada pemain pertahanan Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar bermula 1 September 2016 sehingga 28 Februari 2017.

Keputusan tersebut dibuat Jawatnkuasa Tertib FAM, malah turut mengesahkan Hairol tidak boleh melibatkan diri dengan sebarang pertandingan bolasepak.

Menerusi kenyataan FAM, Mohd Hairol Mokhtar (gambar utama) didapati bersalah kerana berkelakuan ganas terhadap pengadil perlawanan ketika perlawanan Piala Malaysia diantara Sarawak menentang Kedah pada 13 Julai lalu.

Selain penggantungan, Hairol turut didenda RM 2 000 dan diberi amaran keras serta bakal dikenakan hukuman lebih berat jika mengulagi kesilapan yang sama.

Jawatankuasa Tatatertib juga turut mengenakan penggantungan rempat perlawanan terhadap pemain pertahanan Negeri Sembilan, Daniel Sang Ting ketika pasukannya menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin 30 Julai lalu.

Daniel juga dikenakan denda RM 1 000 dan penggantungan secara automatik bermula ketika Negeri Sembilan menentang Terengganu di gelanggang sendiri 9 Ogos lalu.

Sementara itu, dua persatuan dikenakan denda oleh FAM kerana gagal mengawal penyokong yang hadir.

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, (PBSNT) didenda RM 17 500 dan amaran keras selepas penyokong membaling bekas minuman ke arah pegawai perlawanan ketika perlawanan Terengganu dan Sarawak pada 30 Julai lalu.

Manakala Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dikenakan denda RM 15 000 kerana gagal mengawal penyokong ketika perlawanan Piala Malaysia antara Pahang dan Kuala Lumpur di Kuantan pada 12 Ogos lalu.

- Advertisement -