daniel-nurhaqiem-shahrul-izham
Daniel Shahrul Izham

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain squasy perseorangan wanita negara, S Sivasangari tidak mengecewakan apabila mengesahkan status selaku juara bagi kategori bawah 19 tahun di Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia (AJIC) edisi 2016.

Dalam perlawanan akhir, S Sivasangari bermain empat set sebelu menundukkan satu lagi finalis, Satomi Watanabe dari Jepun 11-8,11-7, 4-11, 11-9 selepas bertarung selama 44 minit.

Kemenangan yang diraih di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil petang tadi ibarat misi melunaskan dendam selepas ditewaskan Satomi ketika Terbuka Pulau Pinang pada tahun lepas.

Untuk rekod, ini adalah trofi kelima pemain berusia 17 tahun itu selepas memenangi Piala SEA di Myanmar, serta tiga lagi kejuaraan diperoleh menerusi Jelajah Malaysia PSA di Melaka pada Mac dan dua di ibu negara pada April lepas.

Turut mengesahkan kejuaraan dalam AJIC 2016 adalah Daniel Nurhaqiem Shahrul Izham yang beraksi dalam acara lelaki bawah 15 tahun.

Daniel menang ke atas rakan senegara, Muhammad Amir Amirul Azhar straight games, 14-12, 11-6, 11-8.

Manakala kategori wanita pula, Aifa Azman dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menundukkan pemain kelahiran Hong Kong Chan Sin Yuk dengan keputusan, 14-12, 7-11, 11-6, 11-5.

Adiknya, Aira Azman mengesahkan kejuaraan dalam kategori wanita bawah 13 tahun selepas menundukkan seorang lagi pemain Hong Kong, 13-11, 11-9, 11-6.

- Advertisement -