football.rain.42

Enam belas pasukan dalam dan luar negara , bakal berentap di Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa 7 Sebelah Kelab Diraja Selangor (RSC) 2016.

Kejohanan yang memasuki edisi ke 16 tahun ini akan bermula pada 6 dan 7 Ogos di Bukit Kiara Sports Annexe.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur V. Kanagarajah berkata Kejohanan melibatkan tiga kategori, Masters (40 tahun ke atas), Grand Masters (50 tahun ke atas) dan Bawah 12 tahun.
 
Kesemua perlawanan akan menggunakan format round robin dimana kesemua 16 pasukan akan dibahagi kepada 4 kumpulan.
 
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan beraksi di pusingan kalah mati Piala Cup manakala dua pasukan terbawah akan bermain di Piala Plate.
 
“Kejayaan pertandingan ini sejak dianjurkan adalah hasil daripada sokongan yang kami terima daripada sektor korporat dan visi serta pandangan jauh bahagian Bola Sepak dan Program Pembangunan Bola Sepak Junior RSC,” kata V Kanagarajah.
Tambahnya lagi, edisi 2016, jawatankuasa memutuskan untuk mengekalkan jumlah 16 pasukan yang mengambil bahagian dan hanya mengundang pasukan yang benar-benar kompetitif sahaja.

Pemenang kategori Masters dan Grand Masters (Piala pertandingan) masing-masing akan menerima RM2,000, sebuah piala pusingan dan pingat manakala naib juara dalam kedua-dua kategori masing-masing akan membawa pulang RM1,000 dan pingat.

Juara dan naib juara pertandingan Plate bagi kedua-dua kategori masing-masing akan menerima RM800 dan RM500 dan pingat.

- Advertisement -