main.pic

Oleh Ku Mohd Lufti

Skuad Harimau Malaysia diundi bersama sama Myanmar dan Vietnam bagi saingan Kejohanan Bolasepak Piala Suzuki AFF 2016.
Manakala satu lagi pasukan merupakan pemenangan bagi pusingan kelayakan samada Brunei Darussalam, Timor Leste, Kemboja dan Laos.
Keempat empat pasukan ini akan bermain untuk melengkapkan jadual kumpulan B pada Oktober nanti.
Manakala kumpulan A menyaksikan juara empat kali, Thailand diundi bersama sama Filipina, Indonesia dan Singapura.
 
Venue perlawanan bagi kumpulan B adalah di Stadium Thuwunna dan Aung San di Yangon, Myanmar manakala Kumpulan A, perlawanan akan dijalankan di Stadium Nasional Filipina di Bocaue dan Stadium Memorial Rizal di Manila, Filipina.
 
Perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF edisi 2016 dijadual berlangsung dari 19 hingga 25 November,manakala aksi final dijadual berlangsung pada 14 dan 17 Disember
 
Edisi 2014, Thailand merangkul kejuaraan keempat selepas menundukkan juara 2010, Malaysia 4-3 menerusi aggregat.
- Advertisement -