Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan pertemuan dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mencari jalan penyelesaian untuk melengkapkan saingan liga domestik dalam perancangan yang ditetapkan.

MFL mengharapkan cadangan untuk menyambung kembali saingan Liga Malaysia pada September diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana ianya berkait dengan persiapan bagi skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe.

Harimau Malaya bukan sahaja perlu mempersiapkan diri untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Kumpulan G, malah, sainga Piala Suzuki AFF 2020 yang turut berlangsung pada hujung tahun ini.

Justeru, FAM mengharapkan MKN meluluskan Liga M dengan kadar segera selain menletakkan sasaran untuk menutup musim 2020 sebelum November.

Saingan AFF 2020 akan diteruskan dan dijadual bermula pada 23 November hingga 31 Disember selepas mendapat maklum balas daripada anggota gabungan meskipun pandemik coronavirus masih belum reda.

 

 

- Advertisement -