Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan aktiviti sukan secara berkumpulan serta melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai masih belum dibenarkan untuk beroperasi.

Ini bermakna, sukan seperti bolasepak, ragbi, gusti dan hoki masih belum mendapat kelulusan.

Ia dibuat menerusi pengumuman khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebentar tadi.

“Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki, “kata tan Sri Muhyiddin.

Dalam pada itu, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan syarat pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula
dengan pematuhan kepada SOP.

“Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain lain.

“Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan,”katanya lagi.

SOP bagi aktiviti aktiviti sukan yang dibenarkan akan diumum

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020

PERUTUSAN KHAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

IHSAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA / RTM 

PENGUMUMAN AKTIVITI SUKAN : 5.21

- Advertisement -