bernhardt.training

Oleh Ku Mohd Lufti

Kapten pasukan Bawah 22 tahun negara Mohd Faris Shah Mohd Rosli, optimis, rakan raskannya akan memberikan tentangan yang sengit kepada pasukan bawah 22 tahun Filipina dalam aksi sulung perlawanan antarabangsa malam esok.

Meskipun berlatih hanya dua hari, rakan rakan tampak tidak menghadapi sebarang masalah kerana sebahagian pemain beraksi untuk saingan piala FA sebelum menjalani latihan pusat.

Mengulas tentang strategi perlawanan, Faris dan rakan rakan tidak akan bermain corak bertahan, meskipun mengakui pasukan Filipina dilihat mempunyai kelebihan khususnya aspek keserasian.

“Kami cuba untuk bermain corak menyerang dan bertahan secara seimbang, jika ada peluang, kami akan menyerang. Tiada tekanan buat kami ketika bermain nanti. Kami hanya perlu tumpukan apa yang telah diarahkan oleh jurulatih.’ Kata Mohd Faris Shah Mohd Rosli.

- Advertisement -