Ahmad Fazli Sham (right) with PETRONAS Yamaha CKJ at the Suzuka Circuit

Ahmad Fazli Sham believes his Yamaha teammate, Mohd Affendi Rosli will be on hand to help him secure maximum points and keep his Underbone 130cc title hopes alive ahead of this weekendā€™s PETRONAS Asia Road Racing Championship at the Chang International Circuit (CIC) in Thailand.

The PETRONAS Hong Leong Yamaha rider arrives at the 4.554 kilometre track in third overall and 20 points adrift Gupita Kresna who leads the championship standings with 115 points while Affendi is ranked seventh overall with 76 points.

Confident of getting the support he needs from his teammate, Fazli said, “I know I can count on Affendi to ward off Gupita. We have been perfect partners throughout the season and now is the time I need him the most. It’s do or die for us this weekend or we might lose out on bringing back the Underbone 130cc home in Qatar next month.”

Fazli added, “We both have it in us to win another 1-2. We did it once in opening round and I hope to able to repeat that same performance in Thailand. The crew have been rallying behind us all the way and I feel this should provide a strong basis for us.”

2014 has proven to be a good year for Fazli so far, and the 32-year old rider is enjoying a renaissance in the Asian Championship following a three year hiatus.

Initially a wildcard entry in Round 1 (Sepang), the seasoned campaigner showed tremendous form to pick up a win and two podium finishes from the first four rounds this season to become the second best Malaysian in the Underbone 130cc standings after Norizman Ismail in second overall.

 

FAZLI HARAP AFFENDI BANTU KUTIP MATA MAKSIMUM

Pelumba negara, Ahmad Fazli Sham percaya rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli sedia membantunya untuk mengutip mata maksimum seterusnya meneruskan persaingan untuk merebut gelaran keseluruhan Underbone 130cc pada pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang (CIC) Thailand, hujung minggu ini.

Membawa cabaran PETRONAS Hong Leong Yamaha, Fazli di kedudukan ketiga ketika ini dengan 95 mata, ketinggalan 20 mata di belakang pendahulu, Gupita Kresna yang mendahului kedudukan dengan 115 mata manakala Affendi kini menghuni tangga ketujuh dengan 76 mata.

Yakin Affendi akan membantu di litar sepanjang 4.554 kilometer itu, Fazli menjelaskan, “Saya tahu Affendi mampu untuk menghalang Gupita. Kami telah bekerjasama dengan baik sepanjang musim ini dan minggu ini saya memerlukan bantuan Affendi untuk kami sama-sama berusaha membawa pulang gelaran Underbone 130cc ke Malaysia pada perlumbaan akhir di Qatar, Disember nanti,” jelas Fazli.

Tambah Fazli, “Kami pernah mencatat keputusan 1-2 ketika pusingan pembukaan di Malaysia dan berharap sekali lagi dapat melakukannya di Thailand pada minggu ini. Pasukan kami telah melakukan persiapan secukupnya kepada kami berdua dan saya yakin ia dapat membantu kami memberikan aksi terbaik.”

Setakat ini, pelumba berusia 32 tahun itu telah mempamerkan aksi yang cukup baik sepanjang musim 2014 dan merupakan antara pencabar utama kejuaraan sekalipun sudah tiga tahun tidak beraksi di kejuaraan Asia ini.Ā 

Bermula dengan penyertaan wildcard di Sepang (Pusingan 1), Fazli telah meraih tiga podium termasuk satu gelaran juara Ā  sepanjang empat pusingan lepas dan kini muncul pelumba kedua terbaik negara di belakang Norizman Ismail yang berada di tangga kedua dengan 104 mata.

- Advertisement -