Tiada ruang buat dua pasukan Felda United dan UKM FC yang disingkirkan daripada meneruskan saingan Liga Malaysia musim 2021 selepas gagal memenuhi syarat penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat.

Perkara tersebut diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mendapati struktur kewangan pelabur baharu tidak kukuh untuk menampung perbelanjaan kedua-dua pasukan untuk tempoh semusim.

Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam menerusi kenyataan media menjelaskan kedua-dua pasukan berjaya menyelesaikan proses penswastaan kelab yang berakhir pada 30 September lalu.

Namun semakan mendapati timbul beberapa perkembangan negatif berkaitan sokongan korporat dan pendanaan kedua-dua pasukan berkenaan.

FAM telahpun memberi peluang kepada kedua dua pasukan sehingga 19 Oktober untuk menyelesaikan isu tersebut dan sebelum membuat keputusan yang turut mengambil kira kebimbangan berkaitan bayaran gaji kepada pemain dan pegawai.

 

 

- Advertisement -