Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diberi tempoh kurang seminggu untuk menyerahkan dokumentasi yang diperlukan andai berhasrat untuk mendapatkan khidmat Syed L Imam bagi separuh masa kedua Liga malaysia.

Pemangku Presiden KAFA , Datuk Seri Affandi Hamzah menjelaskan mereka diberi tempoh sehingga 11 Jun untuk melengkapkan dokumentasi antaranya surat pembayaran gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jika maklumat yang diperlukan lengkap, FMLLP bersedia untuk berunding berkenaan pendaftaran pemain kelahiran Perancis, Seydi L’imam.

“Akhirnya kami telah mencapai kata sepakat bahawa ada beberapa dokumen yang akan kami kemukakan kepada FMLLP.

“Jadi, kami memberikan pandangan dan berkongsi atas apa yang berlaku,” kata Afandi.

KAFA mendapatkan khidmat Abou Bakr El Mel dan Seydi L Imam untuk mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Namun, FMLLP hanya meluluskan pendaftaran Abou Bakr kerana mendakwa KAFA hanya menghantar satu borang permohonan untuk mendapatkan pemain import baru. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -