Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Kenny Goh menerangkan bagaimana sistem kiraan mata kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan prosedur prosedur lain yang akan digunakan dalam pertandingan ini.

Kejohanan Badminton Jemputan BAM 2020 merupakan kejohanan sukan pertama di Malaysia anjuran BAM selepas empat bulan tanpa sebarang pertandingan kompetitif susulan pandemic Covid 19 yang akan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Kejohanan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara secara tertutup tanpa kehadiran penyokong menggunakan format pertandingan ‘round robin’ dijalankan secara tertutup dan dibahagi kepada dua peringkat.

 

 

Bagi peringkat 1, pertandingan akan berlangsung dari 5 – 7 Ogos yang lalu melibatkan enam pemain simpanan yang akan bersaing merebut dua kelompok teratas sekaligus bakal beraksi di divisyen utama.

Divisyen 1 pula akan bermula dari 12 – 16 Ogos dibahagi kepada lima kategori dan akan disertai 52 pemain senior termasuk lapan pemain profesional.

 

- Advertisement -