Saingan badminton bagi tahun 2021 yang dijadual berlangsung di Thailand semakin ‘hilang seri’ apabila gandingan bergu lelaki nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon sah tidak akan beraksi di tiga kejohanan.

Ini kerana Kevin Sanjaya disahkan positif Covid 19. Ia disahkan Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dimana beliau menjalani ujian swab pada 31 Disember lepas.

Thailand akan menjadi tuan rumah bagi tiga kejohanan iaitu Yonex Terbuka Thailand yang dijadualkan pada 12 hingga 17 Januari disusuli Toyota Terbuka Thailand pada 19 hingga 24 Januari dan Jelajah Dunia Akhir BWF 2020 yang dijadual bermula dari 27 hingga 31 Januari 2021.

Sebelum ini, jaguh nombor satu dunia, Kento Momota turut menarik diri daripada menyertai kejohanan ini kerana positif Covid 19 sekaligus keseluruhan pasukan Jepun juga menarik diri daripada berlepas ke Thailand.

- Advertisement -