KEMERIAHAN Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 atau KL2017) dibawa kebahagian utara Malaysia apabila Perlis menjadi tuan rumah ketujuh larian ini yang bermula pada hari ini, 15 Jun 2017.

Larian Obor di Perlis itu dimulakan dengan acara gimik obor dibawa menaiki perahu layar daripada Kuala Sungai Padang ke Kompleks LKIM Kuala Perlis pada pukul 3.30 petang.

Acara tersebut disertai oleh Ahli JawatankuasaEksekutif(EXCO) Belia dan Sukan Negeri Perlis, YB Tuan Abdul Jamil bin Saad; EXCO Kerajaan Negeri Perlis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, YB Tuan Nurulhisham bin Yaakob; Menteri Muda Belia dan Sukan Negeri Sarawak, YB Snow dan Lawan serta Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Puan Haslina bt Abdul Hamid.

Perarakan obor tersebut telah disambut oleh kumpulan yang berada di Jeti LKIM Kuala Perlis iaitu yang terdiri daripada EXCO Kerajaan Negeri Perlis merangkap ADUN Kuala Perlis, YB Tuan Haji Mat bin Hassan, para EXCO Kerajaan Negeri Perlis dan ADUN Negeri Perlis yang lain serta ketua-ketua Jabatan Negeri.

Setibanya di Kuala Perlis, Obor KL2017 dibawa mengelilingi pekan Kuala Perlis menggunakan kereta dan motosikal klasik.

Keseluruhannya, seramai 350 orang peserta yang mengambil bahagian di dalam acara gimik yang diadakan pada hari ini.

Mereka terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pelajar sekolah dan universiti serta masyarakat setempat.

Larian Obor KL2017 di Perlis merupakan kesinambungan daripada larian di Sarawak yang berakhir pada 14 Jun 2017 di Kuching.

Di majlis penyerahan yang juga berlangsung pada hari ini, Obor KL2017 telah diserahkan oleh wakil Sarawak, YB Snow dan kepada wakil Menteri Besar Perlis, YB Tuan Abdul Jamil sebagai tanda simbolik permulaan larian di negeri Perlis.

Larian di Perlis bermula di Padang Besar dan akan melalui dua lagi daerah utama di negeri tersebut iaitu Kangar dan Arau sehingga 16 Jun 2017 sebelum Obor diserahkan kepada wakil negeri hos seterusnya, Kedah, pada 17 Jun 2017.

Larian Obor KL2017 ini merupakan satu lagi pra-acara kepada temasya sukan KL2017 yang dianjurkan oleh MASOC dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri di Malaysia.

Ia adalah inisiatif untuk meningkatkan motivasi dan semangat rakyat menjelang temasya sukan KL2017.

Obor yang dibawa oleh para peserta di dalam larian ini merupakan hasil rekaan khas daripada Royal Selangor untuk KL2017.

Larian Obor KL2017 bermula pada 13 Mei 2017 dan dijadualkan berakhir pada 12 Ogos 2017. Sementara itu,KL2017akanberlangsungpada19hingga30

Ogos 2017 bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan Para ASEAN.

PERLIS’ TURN TO WELCOME THE KUALA LUMPUR2017 TORCH RUN

THE celebration of the Kuala Lumpur 2017 Torch Run organised in conjunction with the 29th SEA Games and the 9th ASEAN Para Games (also known as Kuala Lumpur 2017 or KL2017) heads to northern Malaysia with Perlis becoming the seventh host of the run.

The Torch Run in Perlis began with a gimmick of taking the Torch on a yacht from Kuala Sungai Padang to Kompleks LKIM Kuala Perlis at 3.30p.m.

The gimmick event was joined by the Member of the Executive Committee (EXCO) of Youth and Sports Perlis, YB Tuan Abdul Jamil bin Saad; the Perlis State EXCO cum State Assemblyman (ADUN) of Simpang Empat, YB Tuan Nurulhisham bin Yaakob; the Assistant Minister of Youth and Sports Sarawak, YB Snow dan Lawan and the Deputy Secretary General (Strategic) of the Ministry of Youth and Sports, Puan Haslina bt Abdul Hamid.

Upon reaching the LKIM Kuala Perlis Jetty, the Torch Run participants were greeted by the Perlis State EXCO cum ADUN of Kuala Perlis, YB Tuan Haji Mat bin Hassan, State EXCO members and Assemblymen as well as Heads of State Departments and a group of enthusiastic crowd.

Thereafter, the KL2017 Torch was brought on a car ride around the Kuala Perlis Town accompanied by a group of riders on classic motorcycles.

Overall, a total of 350 people took part in the KL2017 Torch Run event gimmick held today, consisting of Chairmen of Village Development and Security Committee (JKKK), students, undergraduates and the locals.

The KL2017 Torch Run in Perlis is a continuation of the run in Sarawak which ended on 14 June 2017 in Kuching.

YB Snow handed over the KL2017 Torch to the representative of the Chief Minister of Perlis, YB Tuan Abdul Jamil as a symbolic gesture to mark the start of the run in Perlis.

The run in Perlis kicked off at Padang Besar and will continue its journey to two other main districts in the State which are Kangar and Arau until 16 June 2017 before the Torch is handed over to the representative of the next host state, Kedah, on 17 June 2017.

The KL2017 Torch Run is organised by MASOC and the Ministry of Youth and Sports with the cooperation of the State Department of Youth and Sports as a prelude to KL2017.

It is one of the initiatives to boost the spirit of Rising Together among the people across the nation leading up to the Games.

The KL2017 Torch was custom designed by Royal Selangor.

The KL2017 Torch Run commenced on 13 May 2017 and is scheduled to end on 12 August 2017.

KL2017 will take place from 19th to 30th August 2017 for the 29th SEA Games and 17th to 23rd September 2017 for the 9th ASEAN Para Game.

- Advertisement -