lee-zii-jia

Oleh Ku Mohd Lufti

Nasib tidak menyebelahi Goh Jin Wei apabila gagal meneruskan saingan di Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas tersingkir di pusingan kelima.

Jin Wei yang juga pilihan pertama hanya mampu melakar kemenangan di set pertama sebelum tumpas di dua set berikutnya 21-10, 16-21, 16-21 ke atas Natsuki Oie dari Jepun dalam pertarungan selama 58 minit.

Nasib yang sama turut menimpa kem bergu wanita negara apabila tiada wakil yang layak ke peringkat suku akhir.

Gandingan Tan Pearly Koong Le – Toh Ei Wei tumpas kepada pasangan Jepun, Minami Kawashima – Natsumi Uesugi straight set 13-21, 15-21.

Begitu juga dengan M Thinaah – Tan Sueh Jeou yang tewas ditangan satu lagi pasangan Jepun, Natsumi Oda – Natsuki Sone dalam pertarungan tiga set, 29-27, 9-21, 18-21.

Perjuangan Malaysia kini diteruskan bergu lelaki, campuran dan perseorangan negara.

Lee Zii Jia mara ke suku akhir perseorangan lelaki selepas menang ke atas wakil Kanada, Jason Anthony Ho Shue straight set 21-14, 21-13 dalam masa 30 minit.

Beliau yang diletak selaku pilihan kedua akan berdepan pilihan ketujuh dari Perancis, Toma Junior Popov untuk memburu slot ke separuh akhir.

Bergu lelaki, Leong Jun Hao – Ooi Zi Heng turut mengikuti jejak Zhia Jia untu mara ke suku akhir selepas menang ke atas pasangan Taiwan, Lin Sheng Chieh – Lu Chen dengan kemenangan straight set 21-17, 21-11.

Pilihan keenam ini bakal berdepan tugas sukar apabila dijadual bertemu pilihan pertama dari China, Han Chengkai – Zhou Haodong.

Manakala bergu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei yang juga pilihan ke 16 melakar kejutan dengan menewaskan pilihan keenam dari Rusia, Rodion Alimov – Alina Davletova dalam pertarungan tiga set, 15-21,21-15, 23-21 dalam masa 49 minit.

- Advertisement -