• Juventus perlu bersaing dengan Manchester United dan Real Madrid dalam usaha untuk mendapatkan penyerang Wolves, Raul Jimenez

 

 

  • Edison Cavani dan Thomas Meunier sah tidak akan menyambung khidmat mereka di Paris St Germain selepas kontrak kedua dua pemain ini tamat pada 30 Jun sekaligus bakal terlepas baki perlawanan Liga Juara Juara yang akan bermula pada Ogos.

 

 

  • Tiga kelab EPL, Chelsea, Manchester City dan Manchester United menyatakan hasrat untuk mendapatkan pemain sayap Bayer Leverkusen, Leon Bailey. Pemain berusia 22 tahun itu boleh meninggalkan kelab jika pasukan lain bersetuju untuk membayar £40 juta.

 

  • Chelsea menolak tawaran Juventus yang menawarkan Miralem Pjanic untuk mendapatkan pemain tengah berusia 28 tahun, Jorginho

 

 

  • Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil mahu mengakhiri kariernya di Stadium Emitares tetapi The Gunners mahu melepaskan pemain itu bagi menampung semula struktur kewangan pasukan. Gaji pemain berusia 31 tahun itu sebanyak £350,000 seminggu.

  • Manchester City bersedia untuk membebaskan Leroy Sane selepas kontraknya tamat pada penghujung bulan ini sekiranya Bayern Munich bersetuju untuk meningkatkan tawaran £30 juta terhadap pemain berusia 24 tahun itu.

  • Pengurus Chelsea, Frank Lampard menafikan wang hasil penjualan pemain tengah, N’Golo Kante akan digunakan untuk menampung kos perbelanjaan untuk mendapatkan Kai Havertz dan Ben Chilwell

 


  • Lampard juga mencabar penyerang muda The Blues, Tammy Abraham untuk mempamer peningkatan susulan kehadiran Timo Werner ke Stamford Bridge.

 

 

  • Penyerang, Andy Carroll dan Javier Manquillo dikhabarkan hampir pasti menandatangani kontrak sekaligus bakal beraksi bersama sama Newcastle United.

  • Pengurus The Magpies, Steve Bruce sudah muak dengan spekulasi tentang kedudukkannya di St James Park jika pengambil alihan kelab itu berjaya. Mauricio Pochettino da. Rafael Benitez antara calon yang dikaitkan dengan jawatan pengendali kelab itu.

  • Atletico Madrid mendedahkan kelab itu menolak tawaran berjumlah £136 juta daripada sebuah kelab di Liga Perdana Inggeris yang mahu mendapatkan penyerang antarabangsa Portugal, Joao Felix sebelum pandemik Covid 19.

  • Pendahulu Liga Kejuaraan, Leeds United bersedia untuk membelanjakan sekitar £50 juta jika kelab itu berjaya dinaik taraf ke EPL.
- Advertisement -