• Impian beberapa kelab besar Eropah untuk mendapatkan Kylian Mbappe mungkin tidak kesampaian apabila dilaporkan akan kekal bersama Paris St Germain dan beraksi di Ligue 1 untuk semusim lagi

 

  • Juventus semakin hampir untuk mendapatkan semula pemain tengah, Paul Pogba dan akan meletakkan Adrien Rabiot sebagai pertukaran untuk mengurangkan kos perpindahan.

 

  • Selagi belum rasmi, Zinedine Zidane tidak akan berputus asa untuk ‘merampas’ Pogba dan membawa pemain tengah itu ke Santiago Bernabeu.

 

  • Newcastle United berkemungkinan akan cuba mendapatkan pemain sayap Ivory Coast, Wilfred Zaha untuk memperkuatkan barisan pemain The Magpies.

 

 

  • Chelsea akan menerima durian runtuh £48.5 juta daripada Atletico Madrid susulan perpindahan Alvaro Morata.

 

 

 

  • Arsenal dalam perancangan untuk mendapatkan penjaga gol kelahiran Brazil, Neto yang kini bersama Barcelona.

 

 

 

  • Inter Milan hampir pasti mendapatkan perancang tengah Belgium, Dries Mertens sekaligus mengecewakan Chelsea yang terlebih dahulu berminat untuk membawanya ke Stamford Bridges.

 

  • Bekas pemain tengah Barcelona, Xavi berpendapat, penyerang Liverpool, Sadio Mane dan Pierre Emerick Aubameyang mungkin sesuai untuk beraksi bersama Barcelona.

 

 

  • Bekas pembantu jurulatih Mesir, Hany Ramzy mendedahkan, Mohamed Salah pernah menolak tawaran untuk beraksi bersama Real Madrid dan memutuskan untuk kekal di Liverpool ketika musim 2018.

 

  • Real Madrid sedang mencari penyerang dan meletakkan dua sasaran utama, Erling Haaland dan Kylian Mbappe untuk dibawa ke Santiago Bernabeu

 

 

  • Kontrak penyerang veteran Uruguay, Edinson Cavani mungkin tidak akan disambung oleh Paris St Germain sekaligus membuka peluang kepada Newcastle United untuk mendapatkan pemain berusia 33 tahun itu.

 

 

- Advertisement -