THE majestic Shwedagon Pagoda in Yangon provided a perfect backdrop for the fourth leg of the Rising Together Baton Run as the city of more than seven million look to outdo the festivities of the previous three cities.

The Yangon leg is the latest stopover for the whirlwind Malaysian Kuala Lumpur 2017 entourage after the run in Bandar Seri Begawan (Brunei Darussalam), Manila (Philippines) and Vientiane (Laos) where a total of at least 20,000 participants thus far have participated in this newly inaugurated Baton Run.

“I believe this Baton Run has made Malaysia a consistent trend setter from the region. I hope that this tradition will be continued to the next Games in 2019,” said Datuk M. Saravanan, the Malaysian Deputy Minister of Youth and Sports Saturday (25 March).

“There is a definite competition amongst countries taking part in the Baton Run and this has been obvious from Brunei to Manila and from Laos to Yangon now. 

“It’s a healthy competition and this augurs well with the message of wanting everyone to get involved with the SEA Games and not just the athletes,” he said.

Shwedagon Pagoda, with a history stretching back to more than 2,000 years, is just the perfect vantage point for the start at the People’s Park, with Datuk Saravanan passing the baton over to H.E. Dr. Myint Htwe, Union Minister of Health and Sports, the Republic of the Union of Myanmar to signal the start of the run.

To the sound of band troupes and callisthenics performance by school girls and boys, the baton was then passed over to the first runner Sann Naing – an Olympian who was in Rio in 2016 for the men’s 5000m who then went off to the blast of an air horn.

Buoyed by several hundred backup runners, the group then set off for the first changeover for SEA Games gold winning rower Win Htike in front of the Bahai Playground.

Boxer Wailin Aung – SEA Games gold medallist in 2013 in the under 75kg category – then took up the baton at the second checkpoint at Kyartawa Junction, next to the Shwedagon Pagoda for the next pass at the Aung San Memorial Stadium.

Taekwondo exponent Yamin Kay Khaing, another SEA Games gold medalist in the women’s poomsae, then ran to the next checkpoint four at the Junction of U Wisara and Ahlone Road for Para athlete Kyaw Kyaw Win to complete the 11km course round the city back to the finish line at the People’s Park.

Kyaw Win won Myanmar’s first gold medal at the ASEAN Para Games in 2015 in Singapore, by setting a new Games record in the Men’s 400m T44.

At the finish line, Dr. Myint Htwe passed the baton back to Datuk Saravanan, who then handed it to H.E Jukr Boon-Long, Ambassador-designate of Thailand to Myanmar.

Thailand will be the next venue of the Rising Together Baton Run slated for 1 April 2017.

Also present at the finish line were Mohd Haniff Abd Rahman, Ambassador of Malaysia to the Republic of the Union of Myanmar and also Khin Maung Lwin, Joint Secretary-General of the Myanmar Olympic Committee and Advisor to the Ministry of Sport. 

Representatives from the embassies of Brunei, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Singapore and Vietnam were also present.

“The Baton Run is a definite historical milestone in the history of the SEA Games and a very innovative idea from Malaysian Minister of Youth and Sports Brig. Gen Khairy Jamaluddin,” said Myint Htwe.

“I hope that this Baton Run will be continued at the next SEA Games in the Philippines (2019), Vietnam (2021) and then Cambodia (2023).”

The Rising Together Baton Run was conceptualised as part of the legacy for the 29th SEA Games which Malaysia will host on 19-31 August 2017.

The Baton Run will cover all countries taking part in the SEA Games this year and where it is expected to finish in Singapore on 13 May 2017 before the start of the Torch Run in Malaysia.

Hampir lima ribu semarakkan Larian Baton Bangkit Bersama Myanmar

?YANGON  menampilkan lanskap dan warisan bersejarah bandar itu bagi peringkat keempat Larian Baton Bangkit Bersama ?2017 di Myanmar ?yang dianjurkan bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada Ogos dan September ini.

Acara larian di Myanmar pada Sabtu (25 Mac 2017) itu  menandakan acara julung kali anjuran Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 itu kini menghampiri separuh perjalanan ke negara negara Asia Tenggara.

Selepas kejayaan penganjur tiga peringkat terdahulu, Bandar Seri Begawan (Brunei Darussalam), Manila (Filipina) dan Vientiane (Laos) dengan lebih 20,000 penyertaan, Larian Baton Bangkit Bersama kini umpama “pertandingan” dengan kesemua negara terbabit berlumba mempamerkan keunikan masing-masing.

“Larian Baton Bangkit Bersama telah menjadikan Malaysia pencetus dalam memperkenalkan idea baru di rantau Asia Tenggara. Diharapkan ia akan diteruskan dan kekal menjadi tradisi Sukan SEA seterusnya.

“Apa yang saya lihat sejak kita bermula di Bandar Seri Begawan (Brunei Darussalam) seterusnya Manila (Filipina) diikuti Vientienne (Laos) dan kini di Yangon, seperti ada persaingan antara negara-negara ini.

“Ia merupakan persaingan sihat yang secara tidak langsung menyemarakkan semangat semua penduduk di rantau Asia Tenggara, dan tidak hanya dirasai atlet sahaja,” kata Saravanan.

Malahan, Datuk Saravanan mengharapkan acara ini kekal menjadi tradisi untuk negara tuan rumah menganjurkannya pada masa depan agar kemeriahan acara itu dirasai semua.

People’s Park yang berlatar belakangkan bangunan bersejarah Pagoda Schwedagon yang berusia lebih dua ribu tahun, menjadi lokasi permulaan dan tamat bagi larian baton peringkat keempat.

Acara bermula dengan penyerahan baton larian oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan kepada Menteri Kesihatan dan Sukan Myanmar, Dr Myint Htwe.Enam.

Atlet Olimpik Myanmar bagi acara jarak jauh lelaki, Sann Naing yang beraksi dalam saingan 5000 meter di Sukan Olimpik Rio 2016 diberi peranan untuk menggalas tugas selaku pelari pertama larian sejauh 11km itu.

Naing membawa baton menuju ke hentian kedua di Bahai Playground,  dengan pemenang pingat emas acara mendayung Sukan SEA 2015, Win Htike menunggu untuk meneruskan larian.

Hentian ketiga menyaksikan pemenang pingat emas sukan SEA ke-27 acara tinju kategori 75 kg, Wailin Aung membawa baton bermula di Kyartawa Junction, lokasi paling hampir dengan Pagoda Schwedagon.

Aung San Memorial Stadium menjadi hentian keempat dengan pemenang pingat emas Taekwondo kategori Poomsae individu, Yamin Khai Khaing menyambut baton meneruskan larian ke hentian seterusnya.

Pemenang pingat emas acara 400 meter T44 Sukan Para ASEAN 2015 Singapura, Kyaw Kyaw Win melengkapkan larian di Wisara dan Ahlone Road, dengan meneruskan larian kembali ke People’s Park, seterusnya melengkapkan Larian Baton peringkat keempat itu.

Baton kembali bertukar tangan kepada Dr Myint Htwe yang kemudian menyerahkannya kepada Datuk M Saravanan.

Baton kemudian diserahkan kepada wakil kedutaan Thailand di Myanmar, Jukr Boon Long, sekaligus menjadi tanda bermulanya penjelajahan baton ke Thailand pula selepas ini. Bangkok akan menjadi hos larian pada 1 April ini.

“Kami gembira dan teruja atas inisiatif Malaysia ini yang melakar sejarah baru dalam penganjuran Sukan SEA. Usaha julung kali hasil inisiatif YB Brig Jen Khairy Jamaluddin diharap dapat menyuntik semangat tuan rumah Sukan SEA akan datang di Filipina (2019), Vietnam (2021) dan Kemboja (2023) untuk menganjurkan acara sama,” kata Dr Myint Htwe, Menteri Kesihatan dan Sukan Myanmar.

Turut hadir pada acara larian termasuk Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Tuan Yang Terutama Mohd Haniff Abd Rahman, wakil-wakil kedutaan dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Thailand, Singapura dan Vietnam.

Larian Baton Bangkit Bersama merupakan antara legasi untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Acara ini menjelajah ke semua negara peserta Sukan SEA 2017 dan dan akan tamat di Singapura pada 13 Mei sebelum bermulanya Larian Obor di seluruh Malaysia pada 14 Mei.

- Advertisement -