rosberg.hamilton

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton menganggap berdepan tekanan dalam usaha untuk memintas rakan sepasukan, Nico Roseberg yang kini mendahului carta teratas kedudukan pelumba.

Hamilton dilihat bakal terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan kali ketiga berturut turut selepas memenanginya pada 2014 dan 2015 andai Rosberg berjaya menakluk Litar Antarabangsa Sepang minggu ini.

“Saya tidak pasti berjaya mendapatkan kembali momentum perlumbaan, tetapi masih ada enam perlumbaan untuk ditamatkan, jadi saya perlu memberikan yang terbaik dan berharap keputusan memihak kepada saya.

“Keputusan yang baik perlu dilakar untuk kembali dan mengekalkan posisi didepan, saya pernah harungi situasi ini pada musim lalu, jadi tiada alasan untuk gagal mendapatkan kejayaan. ” Kata Lewis Hamilton.

Malah selain memburu peluang untuk memintas Rosberg, Hamilton juga mensasarkan untuk meraih podium di GP Malaysia kerana Litar Antarabangsa Sepang antara tiga trek yang gagal ditakluk oleh pasukan Mercedes.

GP Malaysia tahun lalu, Hamilton dan Rosberg sekadar mengisi kedudukan selaku naib juara dan tempat ketiga dibelakang Sebastien Vettel yang memberikan kemenangan pertama untuk pasukan Ferrari.

Mengakui Ferrari lebih cemerlang ketika itu malah sistem tayar yang lebih berkesan berbanding pasukan Mercedes, Hamilton tampak optimis musim 2016 bakal menjanjikan sesuatu yang berbeza.

Selepas GP Malaysia, Formula 1 akan terus berada di bumi Asia dimana Jepun menjadi destinasi berikutnya sebelum ke Amerika Syarikat, Mexico, Brazil dan musim 2016 akan berakhir di GP Abu Dhabi.

- Advertisement -