arnold-palmer

Pemain terbaik sepanjang zaman dalam sukan golf, Arnold Palmer meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital UPMC di Pittsburgh, berdekatan tempat kelahirannya, Latrobe, Pennsylvania.

Meninggal di usia 87 tahun, Arnold yang dikenali dengan The King dikalangan peminat dan pemain pemain ternama dunia, telah pun memenangi 62 trofi dalam jelajah PGA serta enam kejuaraan Major sepanjang kariernya.

Berita tentang kematian Arnold dibuat ejen mendiang, International Management Group (IMG) menerusi satu kenyataan media.

Dikalangan pemain, Arnold Palmer bukan sahaja seorang pemain golf yang terbaik, malah sikapnya yang ramah dan merendah diri menjadi salah satu faktor mendiang disukai ramai dan dijadikan sebagai ikon.

Kemahirannya dalam pukulan Tee Off yang jauh serta di fairway dan green cukup digemari rakan rakan seperjuangan ketika itu kerana teknik mendiang dijadikan sebagai inspirasi oleh pemain lain.

Kejayaan paling manis yang pernah dilakar oleh mendiang adalah ketika Terbuka Amerika Syarikat pada 1960.

Meskipun ketinggalan 7 pukulan dihari terakhir, Arnold mempamer aksi yang cukup mantap untuk menewaskan Jack Nicklaus, pemain amatur berusia 20 tahun dengan kelebihan dua pukulan.

1967, Arnold muncul satu satunya pemain yang mendapat hadiah kemenangan 1 Juta Dolar Amerika selepas memenangi kejuaraan jelajah PGA dan kejohanan Major lain.

Malah mediang turut menerima pengiktirafan diatas kejayaannya sebagai pemain golf.

- Advertisement -