Terengganu mahu kembali mendominasi saingan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak yang akan bermula pada September depan.

Menerusi persiapan yang telah dijalankan, sasaran itu dilihat realistik, malah, sasaran bagi pemburuan pingat emas telah pun di kenalpasti.

Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengesahkan kontinjen Terengganu akan mengambil bahagian dalam 29 acara sukan antaranya olahraga, hoki, bolasepak, judo dan berbasikal.

Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu yang berpuas hati dengan persiapan semasa kontinjen Terengganu, malah tidak menolak lima sukan antara prospek utama yang dilabel sebagai lubuk emas kontinjen dari pantai timur itu.

ā€œKita boleh katakan, kesemua sukan dah ada sasaran emas. Tetapi yang dijangka banyak menyumbang emas daripada sukan berbasikal, judo, memanah, taekwondo dan silat olahraga.

ā€œLain lain pingat kita akan kumpul menerusi sukan sukan lain,ā€kata Ibni ketika majlis 100 Hari menjelang SUKMA Perak 2018 dan Berbuka Puasa bersama kontinjen SUKMA Terengganu di Gong Badak.

Kontinjen Terengganu menyenaraikan sejumlah 571 atlet dan 178 pegawai dan jurulatih akan menggalas tugas untuk memburu gelaran juara keseluruhan bagi tahun ini.

Edisi 2016 di Sarawak, Terengganu menghuni tangga ketiga keseluruhan dibelakang tuan rumah Sarawak dan juara keseluruhan, Selangor dengan jumlah 47 emas, 42 perak dan 44 pingat gangsa.

Kali terakhir Terengganu muncul juara pada 2012 di Pahang dimana mereka meraih 62 pingat emas 24 perak dan 31 pingat gangsaĀ 

Dalam majlis yang sama, kerajaan Negeri Terengganu, turut menyampaikan inisiatif kepada beberapa atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat ketika beraksi di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.-Ā KU MOHD LUFTIĀ 

- Advertisement -