Ketua jurulatih badminton Jepun, Park Joo Bong kembali membara dan telah menjalani latihan secara normal.

Park Joo Bong juga melihat Momota sudah kembali sembuh sepenuhnya selepas berehat untuk pemulihan selepas terlibat dengan kemalangan selepas muncul juara Perodua Malaysia Masters pada 13 Januari lalu.

beliau mengalami kecederaan di muka, keretakan hidung serta soket di bahagian mata dan menjalani pembedahan pada Februari lalu dan kini telah pulih sepenuhnya.

Jelas Park, Momota telah kembali ke tahap asalnya dan telah melakukan lawatan sesi latihan beberapa kali.

Beliau hampir kembali ke pertandingan kompetitif buat pertama kali di Terbuka Denmark pada Oktober lalu namun terpaksa membatalkan hasratnya bersama sama 14 lagi rakan seperjuangan susulan peningkatan kes jangkitan Covid 19 di Eropah.

Momota telah melakukan persiapan untuk menyertai Terbuka Denmark sejak 1 Oktober lalu namun peningkatan kes di Denmark memaksa pengurusan kelab untuk memutuskan agar Momota tidak menyertainya.

 

- Advertisement -