Peringkat terakhir Jelajah Malaysia 2017 menoktahkan kejayaan pasukan Terengganu Cycling (TSG) apabila membolot podium kemenangan peringkat terakhir yang bermula dan tamat di Alor Setar hari ini.

Pakar pecut, Harrif Saleh dan Nur Amirul Fakhruddin Mazuki menamatkan perlumbaan peringkat kelima sejauh 132.8 Kilometer ditempat pertama dan ketiga sekaligus melengkapkan kayuhan keseluruhan 682.3 kilometer bagu perlumbaan berstatus 2.2 edisi ke 53.

ā€œHari ini semua rakan sepasukan bekerja keras untuk membantu kemenangan pada hari ini. Kita lihat hari ini ada banyak pecahan (breakaway) tetapi perancangan saya untuk menamatkan perlumbaan terakhir dalam kelompok besar,ā€kata Harrif

Penamat kelompok besar menjadi pilihan pelumba kelahiran Terengganu itu selepas gagal melakukannya di empat peringkat sebelum ini sekaligus menyukarkannya untuk meraih podium.

Percaturan TSG untuk membawa Harrif Saleh meraih gelaran juara peringkat terakhir bermula selepas zon pecutan ketiga dimana para pelumba akan melakukan dua pusingan sejauh 5.3 kilometer.

Mohd Shahrul Mat Amin mengetuai peloton yang kembali bergabung dengan tiga pendahulu selepas pusingan pertama sebelum Mohd Adiq Hussainie Othman memainkan peranan memimpin peloton.

1 kilometer terakhir, gandingan adik beradik, Zamri dan Harrif ternyata sukar untuk dikekang pelumba pelumba lain menyaksikan Harrif terlebih dahulu melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 8 minit 7 saat.

Mohd Saufi Mat Senan kedua manakala Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dikedudukan ketiga.

ā€œKami tidak memberi tumpuan kepada kelompok pendahulu kerana bukan ancaman utama pasukan TSG, justeru kami hanya mengejar di penghujung perlawanan untuk menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar,ā€katanya lagi.

 

Keputusan Peringkat Keempat Jelajah Malaysia 2017

Alor Setar (Kedah) (132.8KM)

  1. Mohd Harrif Saleh (TSG) ā€“ 3:08:07
  2. Mohd Saufi Mat Senan (KEL) ā€“ 3:08:07
  3. Nur Amirul Fakhruddin Mazuki (TSG) ā€“ 3:08:07
  4. Abdul Gani (KFC) ā€“ 3:08:07
  5. Mohd Zamri Saleh (TSG) ā€“ 3:08:07
  6. Dominic Perez (7RB) – 3:08:07
  7. Mohammad Izzat Helmi Abd Halil (TSC) – 3:08:07
  8. Roa Aquino Jerry Jr (BRU) – 3:08:07
  9. Jack Sutton (OLI) – 3:08:07
  10. Irwandie Lakasek (ATM) – 3:08:07
- Advertisement -