2016 Nations Cup Malaysia logoOleh Ku Mohd Lufti

Tiada erti takut atau hormat diluahkan oleh pengurusan dua finalis Piala Negara Negara 2016, Malaysia dan Thailand.

Berdasarkan prestasi semasa pemain selepas perlawanan semalam, Frank Bernhardt dan Worrawoot Srimaka bakal menjangkakan saingan yang sengit dalam aksi final malam esok.

Dari kem Malaysia, Bernhardt mengakui Thailand mempunyai pasukan yang baik dan ia dibuktikan apabila skuad Gajah Putih mendominasi sepanjang perlawanan menentang Vietnam semalam.

Justeru, beliau perlu memastikan persiapan yang lebih rapi selain mengelakkan kesilapan yang mampu memberi ruang kepada Thailand untuk menjaringkan gol.

ā€œPagi ini kami ada dua pemain yang cedera dan mungkin tidak akan bermain esok. Saya mungkin melakukan perubahan selain menurunkan pemain pemain lain.

ā€œSeperti yang saya katakana sebelum ini, perlawanan ini adalah sebahagian daripada persiapan untuk pemain selain memberi peluang kepada mereka untuk penilaian.ā€kata Bernhardt.

Manakala kapten skuad bawah 22 tahun negara, Faris Shah Mohd Rosli, mengharapkan rakan rakan mengelakkan kesilapan mudah yang dilakukan ketika menentang Singapura semalam.

ā€œPerasaan gugup tu tiada, kita tahu Thailand adalah satu pasukan kuat di Asia Tenggara, jadi kita akan buat yang terbaik untuk perlawanan malam esok,” kata Faris.

Bagi Worrawot, aksi final esok adalah perlawanan yang baru dan beliau akan melakukan perubahan untuk memastikan pasukannya tidak pulang dengan kehampaan.

Enggan mendabik dada diatas kemenangan terhadap Vietnam, Worrawot menyifatkan Malaysia mempunyai rangkaian serangan yang perlu diberi perhatian.

ā€œKami sedang melakukan ulang kaji terhadap perlawanan Malaysia, saya yakin untuk perlawanan malam esok, kami akan turun dengan barisan lebih baik dan persiapan yang lebih rapi. Pemain Malaysia bermain pantas dibahagian serangan, begitu juga dibahagian pertahanan,” jelas Worrawoot.

- Advertisement -