Desas desus pengganti kerusi Presiden Tokyo 2020 mula bertiup dimana Menteri Olimpik ketika ini, Seiko Hashimoto berada dalam senarai teratas untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan Yoshiro Mori.

Media tempatan, Kyodo News melaporkan nama pemenang pingat gangsa sukan Olimpik dalam sukan speed skater berusia 56 tahun itu telah dicadangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan.

Namun Hashimoto tampak enggan menerima jawatan tersebut meskipun ia dianggap sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang telah dicetuskan oleh Yoshiro Mori yang mempersoalkan peranan kaum wanita dalam organisasi Majlis Olimpik Jepun.

Ia susulan Seiko Hashimoto terlibat dalam kes gangguan seksual ketika di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi.

Beliau yang merupakan Presiden Persekutuan Sukan Luncur Jepun ketika itu dilihat bercumbuan ketika di majlis yang dihadiri oleh para atlet.

Hashimoto mengakui tindakannya memalukan dan telah memohon maaf namun tidak dikenakan sebarang tindakan.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pemilihan telah mengadakan mesyuarat kedua yang dipengerusikan oleh Presiden Kehormat Tokyo 2020 yang juga Ketua Eksekutif Canon, Fujio Mitarai.

- Advertisement -