100PLUS.latestOleh Ku Mohd Lufti

Selepas gagal melakar kemenangan dalam tiga perlawanan di Liga Premier 100PLUS, Kuala Lumpur kembali meraih 3 mata setelah menang tipis 2-1 ke atas pasukan di tangga tercorot, UiTM FC, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Kemenangan ke 9 selepas mengharungi 18 perlawanan bagaimanapun tidak mengubah kedudukan skuad kendalian Ismail Zakaria, kekal di tangga keempat, berkongsi 33 mata dengan pasukan ditangga ketiga, PKNS FC.

Turut mencatat kemenangan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menundukkan Negeri Sembilan 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang.

Sirojiddin Rakhmatullaev membuka tirai gol pada minit ke-10, namun Negeri Sembilan menyamakan kedudukan menerusi Taylor Francis George Regan pada minit ke-31.

Khasan Abdukarimov kembali meletakkan ATM didepan pada minit ke-57 disusuli jaringan Rafizol Roslan pada minit ke-64 untuk kedudukan 3-1.

Muhd Nizam Ruslan merapatkan jurang pada minit ke-81, namun sudah terlambat untuk Negeri Sembilan sekurang kurangnya mencuri satu mata.

ATM mengumpul 12 mata selepas 18 perlawanan untuk berada di tangga ke 11, dan masih berpeluang untuk kalura dari zon penyingkiran kerana hanya dibezakan dengan 1 mata dengan UiTM FC yang berada di tangga ke 10.

Di Stadium Proton di Tanjung Malim, pasukan kelab DRB-Hicom FC dan Kuantan FA sekadar mengutip satu mata setelah seri 2-2.

Dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Cedric Mbarga pada minit ke-16 dan jaringan Ivan Babic pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Manakala dua gol Kuantan FA dihasilkan oleh Srdjan Vidakovic menerusi sepakan penalti pada minit ke-33 dan Shazlee Ramlee pada minit ke-45.

- Advertisement -