Hockey Sultan of Johor Cup 2016Oleh Ku Mohd Lufti

Jepun sebuah pasukan berbakat yang kali pertama mengambil bahagian di Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) sejak kejohanan itu bawah umur 21 tahun diwujudkan pada 2011.

Seperti empat lagi pasukan, Australia, New Zealand, Pakistan dan England, Jepun menjadikan SOJC sebagai medan menguji pemainnya untuk persediaan ke Piala Dunia Remaja yang akan berlangsung di Lucknow, India, Disember depan.

Jepun yang kali kedua melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja selepas melakukannya pada 2009, membariskan lima pemain berpengalaman dan memiliki enam caps antarabangsa bersama skuad senior.

Miyu Tanimitsu, Shuhei Hatano, Shinichi Kamezaki, Kaito Tanaka dan Koji Yamasaki, antara pemain yang dijangka menyinar, malah perlu diberi perhatian di SOJC 2016.

Jepun akan membuka saingan dengan cabaran getir menentang Australia pada 31 Oktober, dan berdepan New Zealand pada hari berikutnya.

Tugas getir skuad Samurai selepas itu adalah berdepan England pada 2 November dan tuan rumah SOJC 2016, Malaysia menanti Jepun pada 4 November dan aksi terakhir round robin adalah menentang Pakistan pada 5 November.

Biarpun tiada harapan besar diletakkan ke atas pasukan ini, Jepun tetap berbahaya dengan semangat kental pemainnya dan mampu menjadi kuda hitam pada kejohanan ini.

- Advertisement -