Saingan Liga Bola Sepak Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2026 dengan rakan strategik 100PLUS yang berlangsung pada Sabtu terus menyaksikan persaingan sengit dalam perebutan untuk memburu kedudukan dua teratas bagi kumpulan A, C, dan D.

SMK Mutiara Impian terus menghidupkan peluang untuk berada dikelompok atas Kumpulan A selepas mencatat kemenangan penting 1-0 ke atas SMK Gunung Rapat pada Sabtu.

Perlawanan yang berlangsung di Ipoh, gol tunggal perlawanan dijaringkan Muhd Adam Haris Mohd Nor Azam pada minit ke-30, sekali gus memastikan tiga mata berharga sekaligus menghuni tangga teratas kumpulan A dengan empat mata, satu mata didepan SMK Gunung Rapat.

Kemenangan ini jelas menggembirakan Muhd Faqhri Sobri namun mengakui masih banyak yang perlu diberi penekanan jika mahu merealisasikan misi mara ke peringkat suku akhir.  

“Kami megawal perlawanan pada separuh masa pertama dan banyak mencipta peluang tetapi hanya satu gol sahaja yang terhasil.

“Ada beberapa peingkatan yang perlu dilakukan terutama kombinasi permainan dan persefahaman diantara bahagian tengah dan serangan kerana kami meletakkan sasaran untuk layak ke suku akhir,”kata Muhd Faqhri

Sementara itu, SMK Syed Hassan melakar kemenangan pertama selepas menewaskan SMK Mergong 2-0 untuk berada dikedudukan ke tiga dengan tiga mata manakala SMK Mergong  ditangga ke tujuh tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.

Dalam Kumpulan C, jaringan Nurul Ilham Nurul Anwar memastikan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Tun Hussein Onn.

SMK Seri Kota pula terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan C selepas terikat tanpa jaringan dengan SMK Za’ba dilaman sendiri sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Buat pengendali SMK Seri Kota, Mohd Saiful Mustafa, dua mata yang diperoleh pasukannya adalah perkara positif malah melihat peluang untuk berada dikelompok dua teratas kumpulan C masih terbuka.

“Selepas dua perlawanan kita meraih mata tetapi banyak lagi kerja yang perlu dilakukan terutama penyudah. Pemain pemain bawah 14 tahun ini masih lagi belajar dari perlawanan ke perlawanan seterusnya.

“Kami lebih bersifat pasukan underdog kerana dalam kumpulan ada Akademi Mokhtar Dahari, SMK Taman Desa, SMK Tun Hussein Onn dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail tetapi saya cabar pemain pemain untuk mara ke suku akhir,”kata Mohd Saiful.

SMK Taman Desa Skudai terus memimpin Kumpulan C tiga mata, dibezakan menerusi kelebihan jaringan dengan SMK Tun Hussein Onn dan SSTMI yang menghuni tangga kedua dann ketiga.

Sementara SMK Seri Kota berada di tangga keempat dengan dua mata, manakala Akademi Mokhtar Dahari B13 dan SMK Za’ba masing-masing mengumpul satu mata.

Kumpulan D pula menyaksikan SMK Bukit Nenas menewaskan SMK Kampong Chengal 2-0 untuk mengekalkan rekod kemenangan sempurna selepas dua perlawanan dan mengumpul enam mata sekaligus  menghuni kekal selesa di puncak Kumpulan D.

Akademi Mokhtar Dahari B14 dan SMK Putera pula berada di tangga kedua dan ketiga dengan tiga mata, namun kedua-dua pasukan masih mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding pendahulu kumpulan.

TAMAT

Keputusan Perlawanan Minggu 2

KUMPULAN A

SMK Gunung Rapat 0–1 SMK Mutiara Impian

SMK Mergong 0–2 SMK Syed Hassan

KUMPULAN C

SMK Tun Hussien Onn 0–1 SSTMI

SMK Seri Kota 0–0 SMK Za’ba

KUMPULAN D

SMK Kampong Chengal 0–2 SMK Bukit Nenas

- Advertisement -