TNB-QNET-SHL2016 Week 3 ResultsOleh Ku Mohd Lufti

Minggu ketiga saingan TNB QNET Liga Hoki Selangor 2016 cukup membanggakan buat IIUM Mustang yang terus mengekalkan kedudukan dipersada Divisyen 3 A dengan rekod kemenangan 100 peratus selepas 3 perlawanan.

Mangsa ketiga IIUM Mustang adalah Gombak Rovers dengan kemenangan selesa 3-0, malah terus mengekalkan rekod bersih tanpa bolos dan menjaringkan 15 setakat ini.

Mengekori rapat dibelakang, dua pasukan yang berkongsi 7 mata, ketinggalan 2 mata dibelakang pendahulu, Synergy HC dan Selayang B.

Selayang B naik ke tangga ketiga selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Highlander HC di Stadium Hoki Pandamaran, Klang pada Sabtu.

Selayang B terlebih dahulu mengejutkan Synergy HC menerusi jaringan Mohd Zakry Mohd Yussof di minit ke 15.

Penguasaan Selayang B berterusan apabila Zakry sekali lagi melakar nama selaku penjaring di minit ke 36 untuk meletakkan pasukannya selesa mendahului 2-0.

Highlander HC cuba merapatkan jurang gol menerusi gol yang disempurnakan M Jayamaran, namun ia gagal memberi suntikan semangat kepada rakan rakan untuk sekurang kurangnya menyamakan kedudukan apabila jaringan 2-1 memihak Selayang B kekal hingga tamat perlawanan.

Satu agi aksi menyaksikan Synergy HC bangkit daripada mimpi ngeri minggu lalu apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas pasukan hoki KIE.

Synergy HC hanya memerlukan 3 minit untuk membuka tirai gol menerusi Mohd Hafiz Nasir hasil gerakan pukulan sudut penalti.

Derita KIE bertambah apabila umpire perlawanan, Alam Syah menghadiahkan penalti stroke kepada Synergy HC di minit ke 13.

N Sivanesan tidak mensia siakan peluang terhidang untuk meletakkan pasukannya selesa mendahului 2-0 sebelum tamat suku pertama perlawanan.

Hafiz Nasir sekali lagi cemerlang apabila meledak gol kedua peribadinya sekaligus melebarkan jurang gol kepada 3-0, juga menerusi pukulan sudut penalti.

KIE bangkit untuk merapatkan jurang gold an berjaya merobek gawang Synergy HC di penghujung suku keempat menerusi Ahmad Safar.

Kemenangan itu meletakkan Synergy HC ditangga kedua, berdasarkan kelebihan gol berbanding Selayang B.

Aksi Divisyen 3 B turut menyaksikan penguasaan Senil Solution yang mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 2 perlawanan selepas mengatasi Gurstick 3-0.

Mohd Dehya Abdul Halim membuka tirai gol sebelum bekas pemain kebangsaan S Kugan melebarkan kedudukan menjadi 2-0.

Senil Solution melengkapkan kemenangan kedua mereka menerusi Keshminder Singh untuk kekal dipersada liga, berkongsi 6 mata hanya dibezakan dengan jumlah gol dengan dua lagi pasukan, Goodwood HC dan Puchong HC.

Sementara itu, jaringan tunggal Mohd Noor Khairul Azrin Adnan memastikan Puchong HC untuk menewaskan Synergy SIA sekaligus terus memberi tentangan sengit terhadap pendahulu Divisyen 3 B.

TNB-QNET-SHL2016-TABLE Week 3

- Advertisement -