Pengerusi Ketua Satuan Pelaksana Program Indonesia Emas (Satlak Prima), Achmad Soetjipto meletakkan sasaran kontinjen Indonesia menamatkan saingan Sukan SEA ke 29 di kedudukan keempat keseluruhan.

Sasaran ini dilihat realistik kerana Indonesia Berjaya meraih 47 pingat emas ketika Sukan SEA ke 28 di Singapura pada 2015.

Perbincangan telah pun diadakan berkenaan perkara ini diantara Satlak Prima dengan Chef de Mission Indonesia ke Sukan SEA, Aziz Syamsuddin ketika mesyuarat di Kementerian Pemuda dan Olaharaga (Kemenpora) Indonesia pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, beliau turut menjangkakan hampir 400 atlet Indonesia akan mengambil bahagian di Sukan SEA ke 29 Ogos nanti.

“Jumlah ini masih lagi diperingkat perbincangan. Jika ada penambahan ianya mungkin tidak akan melebihi 10 peratus,”katanya lagi.

Sasaran 61 pingat emas turut diletakkan kepada atlet dan pegawai bagi kontinjen Indonesia yang mengambil bahagian di sepanjang temasya itu kelak. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -