#Gelora Bung Karno atau Gelora Berkecamuk?

Sikap segelintir penyokong fanatik yang terlalu ghairah hingga beraksi aggresif menjadi nama Indonesia, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesai (PSSI), pemain dan pegawai skuad kebangsaan negara itu dipalit dengan kata kata kesat susulan tindakan dan sikap yang tidak profesional.

Sebelum sepak mula diantara Indonesia dan Malaysia berlangsung, tindakan kurang bijak segelintir penyokong penyokong Indonesia yang melakukan provokasi melampau ke atas kumpulan kecil penyokong Malaysia yang bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno.

Kata kata kesat selain lemparan objek kepada penyokong penyokong Malaysia mengundang rasa kurang senang meskipun pihak berkuasa tempatan telahpun ditempatkan di kawasan pintu masuk stadium.

Sudah tiba masa Indonesia dikenakan tindakan keras samada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) atau FIFA bagi mengingatkan PSSI tindakan drastik perlu dilakukan untuk menanangi isu ini.

Segalanya brgantung kepada laporan perlawanan yang akan diusulkan pengadil perlawanan yang bertugas Ko Hyungjin berhubung insiden yang berlaku ketika separuh masa kedua perlawanan dimana segelintir penyokong berjaya memasuki kawasan padang memaksa perlawanan dihentikan seketika.

Rakaman video amatur penyokong menceritakan betapa hebatnya provokasi dan sikap segelintir penyokong diluar dan di dalam stadium.

Mungkin wujud provokasi diantara kedua dua pihak, namun, apa yang berlaku sedikit sebanyak pastinya mengundang rasa kecewa pelbagai pihak.

 

Andai senario ini berterusan di perlawanan akan datang, persoalan yang wajar diutarakan, adakah Indonesia layak untuk diterima sebagai hos bagi perlawanan bolasepak?

Pada Jun, kesemua 10 negara anggota ASEAN bersetuju untuk membida sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034 seperti yang telah dilakukan oleh dua negara, Jepun dan Korea Selatan yang menjadi penganjur bersama Piala Dunia 2002.

Tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, berkata badan induk bola sepak dari tiga negara rantau Asia Tenggara iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam sudah menyatakan hasrat untuk bersepakat membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Cukup lah dengan sikap kebudak budakkan, mula belajar sebagai penyokong yang matang.

Bukan sahaja penyokong Indonesia, diharapkan segelintir penyokong bolasepak di negara lain, termasuklah Malaysia juga perlu lebih profesional dan menjaga etika ketika menonton perlawanan.

- Advertisement -