Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh menjadi wira skuad kebangsaan Malaysia apabila menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan pertama Malaysia dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ke atas tuan rumah Indonesia 3-2 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Tuan rumah yang turun dengan misi mahu mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang keramat mereka ternyata gah apabila mendahului 1-0 di minit ke 12 menerusi penyerang naturalisasi, Alberto Goncalves

Tan Cheng Hoe melakukan keputusan drastik dengan menggantikan Hadin Azman dan memasukkan Sumareh di minit 36 ternyata membuahkan hasil apabila menjaringkan gol penyamaan di minit 37.

Namun, keceriaan kem Harimau Malaya hanya bertahan kurang dua minit apabila Goncalves sekali lagi menggegar gawang kendalian Farizal Marlias susulan kesilapan Matthew Davies untuk kembali meletakkan Sang Garuda didepan 2-1.

Perlawanan kembali seimbang selepas itu sehinggalah dipertengahan babak kedua perlawanan apabila pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyungjin mengehentikan perlawanan kira kira 5 minit atas faktor keselamatan pemain apabila segelintir penyokong tuan rumah melepasi pagar dan memasuki kawasan padang.

Sorakan penyokong fanatik Sang Garuda terhenti seketika apabila Syafiq Ahmad menanduk masuk gol penyamaan untuk Malaysia sekaligus mengikat kedudukan dua sama di minit 65.

Sumareh membuktikan kemasukkannya tidak sia sia apabila menolak masuk gol kemenangan Malaysia di penghujung masa tambahan selepas tamat masa sebenar perlawanan sekaligus memberika tiga mata penting untuk Harimau Malaya.

Kemenangan ini sekaligus meletakkan Malaysia dikedudukan teratas kumpulan G dengan tiga mata sementara juara Piala AFF 2018, Vietnam dan Thailand masing masing berkongsi satu mata untuk menghuni tangga kedua dan ketiga selepas kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Manakala Indonesia di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Malaysia akan melayan kunjungan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September depan.

- Advertisement -