Pasukan Negeri Sembilan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada baki saingan Piala Malaysia 2021 selepas 20 pemain pasukan itu dijangkiti Covid 19.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi kelab tersebut dimana selain pemain, 4 pegawai pasukan itu turut sama dijangkiti Covid 19 dan kesemua yang terlibat perlu menjalani kuarantin.

ā€œDukacita dimaklumkan bahawa seramai 4 pegawai dan 20 pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) telah sah dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta dipantau selama 10 hari oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.ā€

ā€œUjian pengesanan COVID-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat para pemain dan pegawai NSFC yang terlibat,ā€ menurut kenyataan yang dikeluarkan NSFC.

ā€œSelain itu, demi menjaga keselamatan semua pihak serta mengambil berat di atas nasihat yang diberikan oleh Doktor pasukan, pihak NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada para penyokong pasukan kerana hal ini turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan pada 20 Oktober 2021 dan pasukan Negeri Sembilan FC tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021.ā€

ā€œPihak NSFC juga berharap agar para penyokong memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraan para pemain dan pegawai pasukan.ā€

Negeri Sembilan diundi dalam kumpulan C bersama sama Melaka United, Kedah Darul Aman FC dan Kelantan United.

Skuad kendalian K Devan dijadual berdepan Kedah Darul Aman FC pada 29 Oktober depan.

 

- Advertisement -