rio.olympics

Oleh Ku Mohd Lufti

Jurulatih gimnastik artistic negara, Ng SHu Wai tidak mahu memikirkan peluang gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi ke sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil Ogos ini.

Apa yang pasti, dia perlu terus fokus kepada latihan selepas mengharungi dua pertandingan di Abu Dhabi dan Rio sebelum ini.

ā€œUntuk sekarang ini, dia perlu berlatih untuk mengharungi kejohanan akan datang. Peluang dia untuk ke Rio bukan fokus utama kerana ia mungkin akan mengganggu emosi dia. Apapun, Farah perlu bersedia dan terus berlatih. Dalam gimnastik, apa sahaja boleh berlaku sehingga senarai akhir bagi acara gimnastik diumumkan pada penghujung Jun nanti.ā€ Kata Ng Shu Wai.

Farah Ann Abdul Hadi merupakan atlet yang diletak sebagai atlet simpanan bagi acara gimnastik artistic untuk ke Rio 2016 bersama sama gimnas Azerbaijan, Marina Nekrasova.

Beliau terlepas tiket automatic ke Rio 2016 selepas menamatkan Acara Ujian Olympic di Rio April lalu dikedudukan ke 63 dengan catatan 49.132 mata.

Hanya 60 peserta terbaik acara tersebut layak beraksi secara automatik ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro Ogos nanti.

- Advertisement -