Johor Darul Takzim, JDT melancarkan jersi yang akan digunakan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020, di Dataran Bandaraya, Johor Bahru.

Jersi baharu pasukan tersebut menampilkan warna merah dan biru, sebagai kit tuan rumah, melambangkan identiti negeri Johor, manakala warna putih dan emas sebagai kit pelawat, melambangkan kejayaan pasukan tersebut dalam negara.

Pengeluar barangan sukan terkemuka, Nike, meneruskan tajaannya kepada skuad Harimau Selatan untuk tahun yang ketiga.

Majlis yang dihadiri kira – kira lima ribu peminat ,disempurnakan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, dan turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, serta Exco Belia dan Sukan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Majlis diserikan dengan persembahan dari artis tempatan, Zizi Kirana, dan pasukan penyokong JDT, Boys of Straits.

Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia/Thailand, Ernest Rodrigues berkata, Nike akan melanjutkan tempoh tajaannya bersama skuad harimau selatan sehingga 2023.

‘Pihak kami memang tiada niat untuk menamatkan persetujuan sedia ada selepas 2023, kerana hala tuju bola sepak JDT sekarang dan di Liga Malaysia menjadi penyebab mengapa Nike ingin bekerjasama dengan mereka,’kata Rodrigues.

JDT yang dibimbing Luciano Figueroa merangkul tiga trofi dalam saingan Liga Malaysia musim 2019 bermula dengan Piala Sumbangsih, disusuli trofi Liga Super dan diakhiri dengan gelaran juara Piala Malaysia

 

- Advertisement -