Nazmi Faiz

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada kata kata lain selain ucapan sekalung tahniah buat pasukan yang berpengkalan di selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) yang terus menaikkan mutu bolasepak di Malaysia khususnya tatkala kebanyakkan pasukan lain dalam Liga Malaysia masih bergelut.

JDT memutuskan untuk menghantar dua pemain, Harris Harun dan Mohd Nazmi Faiz Mansor untuk berkelana di luar negara bagi menimba pengalaman ketika usia mereka masih muda.

Nazmi yang dibawa daripada pasukan Selangor tahun lalu dihantar ke salah sebuah kelab di Jepun dan terkini, pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemain kelahiran Singapura, Harris Harun akan diterbangkan ke Sepanyol.

Ini bukan kali pertama Nazmi beraksi bersama kelab dari luar negara kerana beliau pernah berada di Portugal bersama Beira Mar FC pada 2012

Manakala Harris dipinjamkan ke kelab Divisyen Dua, Ce L’Hospitalet selama setahun untuk mnimba ilmu dan menajamkan lagi kemahiran individunya.

Penglibatan pemain pemain negara bukan sesuatu yang asing, hanya jumlah yang terlibat tidak begitu ramai.

Untuk rekod, pemain negara yang dianggap paling cemerlang beraksi di luar negara adalah akmal rizal ahmad rakhli ketika menyertai kelab dari Perancis, RC Strasbourg dari 1998 hingga 2001 dengan 14 penampilan dan lima gol berjaya dihasilkan.

Antara pemain pemain yang pernah beraksi di kelab di luar negara; Fadzli Shaari dan Rudie Ramli (Sv Wehen, Jerman), Ahmad Fakri Saarani (Atletico SC, Portugal), Ariff zulkifly (Asland Bay United, New Zealand), Chow Chee Kiong (Jardines , Hong Kong) dan Dali omar (Perth Glory, Australia).

Malah, penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Safee Sali juga pernah bermain di kelab di Indonesia, Pelita Jaya pada 2011 sebelum kembali ke tanah air untuk menyarung jersi JDT.

Kali terakhir pemain negara beraksi di luar negara adalah Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim yang beraksi bersama pasukan Ryukyu FC di Jepun pada 2013.

- Advertisement -