Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas dua perlawanan, Felda United terus buntu mencari kemenangan sulung dalam saingan Piala AFC selepas terikat 1 sama dengan wakil Vietnam, Hanoi Fc dilaman sendiri petang tadi.

Meskipun bermain dilaman sendiri, skuad kendalian B Sathianathan gagal memanfaatkan peluang peluang terhidang susulan padang becak akibat hujan.

Penantian untuk menamatkan kemarau tanpa kemenangan tampak berakhir apabila pemain import, Zah Rahan Krangar memecah kebuntuan di minit ke 23 untuk meletakkan The Fighters mendahului 1-0.

Tidak banyak peluang yang terhidang dimanfaatkan dengan sebaik baiknya oleh anak didik Sathianathan yang tampak lebih banyak bermain secara bertahan.

Pertahanan tuan rumah kian longlai menghampiri penamat dan peluang terhidang dimanfaatkan pelawat yang meledak gol penyamaan dipenghujung babak kedua menerusi Do Hung Dung.

Tiada jaringan tambahan dilakar menyaksikan kedua dua pasukan pulang dengan 1 mata.

Selepas mengharungi dua perlawanan, Felda United hanya mampu meraih 1 mata untuk menduduki tangga tercorot kumpulan G.

Felda United tewas dalam aksi pembukaan menentang Tampines Rovers dan seri dengan Hanoi FC.

The Fighters akan berkunjung ke Filipina, berdepan Cerez Negros FC pada 15 Mac depan.

Dalam satu lagi perlawanan melibatkan pasukan tempatan, Johor Darul Takzim (JDT) turut terlepas peluang untuk meraih 3 mata penuh selepas terikat 1 sama dengan wakil Myanmar, Magwe FC, di Stadium Thuwunna, Yangon.

Kemenangan selesa 3-0 ke atas Beoungket Angkor FC dalam aksi sulung, kumpulan F, mendahului hasil jaringan R. Gopinathan pada minit ke 27.

Namun impian untuk pulang dengan 3 mata dimusnahkan penyerang import dari Guinea, Sylla Sekou yang meledak gol penyamaan pada minit ke-89.

Keputusan seri itu meletakkan JDT turun satu anak tangga ke tempat kedua dengan 4 mata, 2 mata dibelakang pendahulu baru dari Filipina, Global FC.

- Advertisement -