
Jelajah Trofi ASEAN Hyundai Cup™ 2026 meneruskan perjalanan serantaunya di Malaysia minggu ini, dengan trofi ikonik tersebut akan dipamerkan di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 dari 12 hingga 15 Jun di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Jelajah Trofi ini merupakan sebahagian daripada persiapan menjelang Hyundai Cup™, permata utama bola sepak ASEAN, yang akan menyambut ulang tahun ke-30 penganjurannya dari 24 Julai hingga 26 Ogos.
Peminat dan pengunjung pameran berpeluang melihat trofi berprestij yang bakal dijulang juara Hyundai Cup™ seterusnya apabila ia dipamerkan di Booth Hyundai, Aras 2, Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kompleks MITEC, 8 Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Hari Media Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 akan berlangsung pada Khamis, 11 Jun. Waktu pameran adalah dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam pada 11 dan 15 Jun, serta dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada 12, 13 dan 14 Jun. Kemasukan pengunjung ke pameran adalah tertakluk kepada pembelian pas acara.
Pelbagai aktiviti interaktif di ruang pameran Hyundai akan diadakan sepanjang lima hari pameran tersebut, termasuk sesi pandu uji kenderaan terkini daripada peneraju mobiliti pintar global itu, aktiviti bertemakan bola sepak serta peluang bergambar bersama trofi Hyundai Cup™ mengikut jadual ditetapkan.
Selepas persinggahannya di Kuala Lumpur, Jelajah Trofi akan meneruskan perjalanan ke seluruh ASEAN dengan kunjungan ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada 18 Julai dan Kota Kasablanka, Indonesia pada 25 Julai. Trofi itu juga akan dipamerkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2026 di Indonesia Convention Exhibition (ICE) BSD City, Tangerang pada 29 Julai, 1 hingga 2 Ogos dan 8 hingga 9 Ogos.
Vietnam merupakan juara bertahan Hyundai Cup™ selepas menewaskan Thailand dengan agregat 5-3 dalam perlawanan akhir dua tahun lalu.
Ikuti perkembangan terkini mengenai Jelajah Trofi Hyundai Cup™ 2026 menerusi platform digital rasmi ASEAN United FC di aseanutdfc.com serta @aseanutdfc di Instagram, Facebook, TikTok, YouTube dan X.





























