Pemain Ampang Jaya BC Tan Jia Jie menghampiri impiannya untuk muncul sebagai pemain kebangsaan setelah merangkul kejuaraan Bawah 18-tahun kejohanan AEON Credit Purple League Junior 2020 (ACPLJ 2020).

Pemain kelahiran Jalan Klang Lama menundukkan Muhammad Ariffin Nazri Md Zakaria dari Cheras BC 11-9, 10-11, 11-9, 11-8 di Arena Sukan Sixbase di Kampar, semalam.

Jia Jie berkata dia tidak sabar untuk menyertai kem latihan intensif kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang merupakan ganjaran kemenangan disamping wang tunai RM1000 dan medal kejuaraan.

Pemain tinggi lampai itu berkata dia bersyukur dengan penganjuran ACPLJ 2020 yang memberikan pemain muda pentas untuk menunjukkan bakat mereka.

“Saya telah bermain dengan baik untuk menewaskan Ariffin, dia tampak agak letih dan latihan saya untuk meningkatkan tahap stamina saya berkesan pada perlawanan ini. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan berasa tidak sabar untuk menyertai latihan intensif bersama BAM,” katanya.

“Saya sepatutnya boleh beraksi dengan lebih baik di final tetapi lawan juga seorang pemain yang baik dan dia telah memberi saingan yang sengit kepada saya… saya berjaya mengekalkan rentak saya untuk meraih kemenangan pada akhirnya.”

“Saya nak melihat dan belajar dari pemain-pemain handalan di BAM seperti Lee Zii Jia ketika di kem latihan bersama BAM dan saya berharap dapat meningkatkan prestasi saya dan dapay bermain untuk negara suatu hari nanti.”

Kategori wanita Bawah 18-tahun, pemain bukan pilihan Wong Ling Ching dari Butterworth BC meraih gelaran setelah mengungguli pilihan kedua Tan Yan Yi dari Serdang BC 11-3, 11-2, 11-4.

Ling Ching juga mencatat kemenangan kedua peribadi setelah bergandingan dengan Teoh Le Xuan untuk memenangi beregu wanita Bawah-18 tahun selepas menundukkan pasangan Bayan Lepas BC Amanda Yap Hwa Leng-Tan Xin Zon 11-5, 11-9, 11-7.

Ling Ching membawa pulang wang hadiah RM1000 dan medal kejuaraan sebagai ganjaran memenangi acara perseorangan, berkongsi RM1500 dengan pasangan beregunya Le Xuan dan juga peluang menyertai kem latihan intensif BAM.

Ling Ching berkata dia berasa lega dan gembira selepas mencapai sasarannya untuk memenangi kedua-dua final.

“Saya telah bermain dengan baik pada kejohanan ini dan saya berasa gembira dengan kemenangan ini kerana sudah agak lama semenjak saya beraksi di kejohanan disebabkan Covid-19,” kata pemain kelahiran Sarawak itu yang hanya berlatih dengan Le Xuan selama beberapa hari sebelum kejohanan.

“Saya berpindah dari Sarawak ke Pulau Pinang enam bulan lalu untuk mendapatkan latihan yang lebih baik dan ini adalah pertandingan pertama bagi saya setelah berpindah dan saya berasa amat puas selepas bergelar juara.”

Pasangannya Ling Ching, Le Xuan berkata, gandingan mereka menjadi kerana mereka mempunyai asas permainan yang baik.

“Saya rasa kami berjaya walaupun hanya berlatih selama dua atau tiga hari sahaja. Kami berdua pernah menjadi pelatih BAM sebelum ini, jadi asas kami baik dan kami berjaya membentuk persefahaman yang mantap untuk bergelar juara.”

Butterworth BC muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan dan pulang dengan wang tunai RM10,000 dan trofi kejuaraan, sementara itu Perling BC yang dinobatkan sebagai naib juara dan meraih hadiah wang tunai RM5000.

Ketua Pegawai Operasi Malaysia Purple League (MPL) Ho Khek Mong berasa kagum dengan semangat juang para pemain dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh para penaja.

“Saya gembira melihat pemain kembali ke gelanggang setelah selepas rehat panjang berpunca dari Covid-19, nampaknya ada pemain-pemain yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kejohanan, tetapi ramai yang lain membuktikan bahawa Covid-19 tidak mampu melunturkan semangat juang mereka,” katanya.

“Sepanjang acara ini, kami telah melihat ramai pemain berbakat menunjukkan kematangan dan kemahiran yang jauh melebihi usia mereka. Saya rasa mereka bersemangat dan gembira untuk kembali bersaing.”

“Walaupun Kampar masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kami memastikan kejohanan berlangsung tanpa penonton dan peserta antarabangsa, SOP ketat dipatuhi kerana kami mahu melahirkan juara badminton seterusnya melalui platform kami.”

“Kami sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh para penaja dan amat berterima kasih kepada mereka, terutamanya penaja utama – Purple League Junior Aeon Credit kerana terus memberi sokongan dalam penganjurkan APLJ.

“Kami akan terus bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mencungkil bakat baru dan untuk makluman, juara kategori Bawah 18-tahun akan menerima jemputan untuk menghadiri kem latihan intensif kendalian BAM.

KEPUTUSAN 

Perseorangan Lelaki Bawah 18-tahun: Tan Jia Jie (Ampang Jaya BC) bt Muhammad Ariffin Nazri Md Zakaria (Cheras BC) 11-9 10-11 11-9 11-8

Beregu lelaki Bawah 18-tahun: Kenny Khew Han Yang-Mohamad Haris Sufian Rushdan (Rawang BC) bt Muhammad Ariffin Nazri -Muhammad Ashraf Md Zakaria (Cheras BC) 11-8 10-11 11-8 11-9.

Beregu campuran Bawah 18-Tahun: Chong Ee Jack-Chew Jia Hui (Ampang Jaya BC) bt Teo Jie Sern -Isabel Liau Bei Yi (AKSC) 11-10 11-5 11-9

Perseorangan lelaki Bawah 15-tahun: Sng Wei Ming (Butterworth BC) bt Huan Kai Hern (Subang Jaya BC) 11-10 11-4 11-10

Beregu Lelaki Bawah 15-tahun: Aguwell Andrew-Carlester Cleve James (DSBC Labuan) bt Gerard Liau Jia Yit-Goh Shao Tang (AKSC) 11-9 9-11 11-5 11-7.

Beregu campuran Bawah 15-tahun: Amirul Imran Bin Azuan – Dania Sofea Binti Zaidi (Perling BC) bt (Subang Jaya BC) Huan Kai Hern-Wong Zi Yi 11-6 11-6 11-10

Perseorangan wanita Bawah 18-tahun: Wong Ling Ching (Butterworth BC) bt Tan Yan Yi (Serdang BC) 11-3 11-2 11-4

Beregu wanita Bawah 18- tahun: Teoh Lexuan-Wong Ling Ching (Butterworth BC) bt Amanda Yap Hwa Leng-Tan Xin Zon (Bayan Lepas BC) 11-5 11-9 11-7.

Perseorangan wanita Bawah 15-tahun: Dania Sofea Zaidi (Perling BC) bt Lim Zhi Shin (Bayan Lepas BC) 11-6, 5-11 11-8 11-3

Beregu wanita Bawah 15-tahun: Shaneessa Shahidi-Vannee Gobi (Damansara BC) bt Alysha Jeffery- Nicole Chau Xuan (PGBC) 11-7 11-4 11-4

Pertandingan Purple League Junior (PLJ) yang diadakan setiap tahun ini telah memasuki tahun keenam penganjurannya.

Tujuannya adalah untuk mencari dan mencungkil bakat muda baru dan menyediakan platform bagi pemain-pemain untuk mempamerkan bakat mereka, mendapatkan
pengalaman yang kompetitif, dan membina keyakinan diri dalam sukan badminton.

AEON Credit Service (M) Berhad telah bergabung sebagai penaja utama bagi Purple League Junior selama tiga tahun sejak 2019 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya dalam membangunkan bakat tempatan.

北海羽毛球俱乐部赢第六届2020永旺信用紫盟羽联青年赛总冠军

永旺信用紫盟羽联青年赛总冠军落在北海羽毛球俱乐部手中并捧走
1万令吉的奖金。
北海羽毛球俱乐部在10个决赛中赢得三个冠军,其中18岁的黄玲青包办18岁以下女单和女双
,另一个冠军则由孙伟明在15岁以下男单中囊括。
安邦再也羽毛球俱乐部的陈家杰勇夺18岁以下男单冠军,此次第三次参加紫盟青年赛,第一次
夺冠,之前最好的成绩为殿军。
对手来自蕉赖的阿里芬在比赛中抽筋,不过还是坚持到底。过后阿里芬又投入另外一场男双决
赛,可惜还是因体力不支败北,收获两个亚军。
陈家杰在赛后接受访问时表示,虽然他也同情对手的遭遇,不过他强调他的胜利是靠实力而非
侥幸。
他表示,他将把握受召进入大马羽总国家队的机会,学习和表现,希望能正式成为国家队的一
员。
“我今年19岁,不会太迟进入国家队,我和同年级球员还是有得打的……我的弱点是防守和失
误,需要改善。”
决赛天共有两名女球员成为双料冠军,除了北海的黄玲青,另一位是14岁来自柏龄花园的丹尼
亚苏菲。
黄玲青是18岁以下女单和女双冠军而丹尼亚苏菲则拿下15岁女单和混双冠军,扬威全场。黄
玲青在接受赛后采访时透露,为了获得好的训练而在半年前远渡至槟城。他曾在15岁时被招入
大马羽总国家队,后来因伤退出。他希望凭着自己的亮眼表现而再次获得青睐。
年方14的丹尼亚苏菲对于自己的两个冠军感到既兴奋又意外。她身旁的父亲再迪为女儿回答记
者问话时表示,由于有的对手已经16岁,因此以她14之龄能获得冠军,非常惊喜。
“她个子小、跑位迅速灵活,位置感很好,可以打任何位置。希望她很快便受召进入大马羽总
,感谢紫盟羽联和俱乐部给予的机会。”
图说:
1. 北海羽毛球俱乐部成功赢得总冠军并捧走1万令吉奖金。
2. 安邦羽毛球俱乐部男单陈家杰在他最后一次参赛终于如愿赢得男单冠军。
3. 黄玲青成为北海羽毛球俱乐部夺冠的最大功臣。
2020永旺信用紫盟羽联青年赛半决赛成绩

15岁以下男单
孙伟明(北海)胜陈建伟(新山)11-9 11-6 8-11 11-9
范凯恒(梳邦再也)【2】胜周祖悦(北海)11-9 11-4 7-11 11-6
15岁以下女单
丹尼亚苏菲(柏龄花园)胜 黄欣怡(峇六拜)11-10 11-7 11-9
林芷心(峇六拜)【5/8】胜杨丰瑜(白沙罗)【3/4】11-8 11-7 11-6

15岁以下男双
阿古维尔/卡勒斯特(纳闽岛)胜周俊伟/库伯兰(柏龄花园)11-10 11-5 9-11 11-4
刘嘉熠/吴绍堂(爱极乐)【3/4】胜李汶昌/丘琛维【2】11-3 11-4 11-3(巴生)

15岁以下女双
爱丽莎/周璇(槟城)胜妮莎/杨丰瑜(文德甲)5-11 9-11 11-10 11-9 11-10
莎妮纱/温妮(白沙罗)【1】胜塔尼亚/黄语芩(柏龄花园)11-7 11-9 11-6

15岁以下混双
范凯恒/黄子颐(梳邦再也)胜温妮/卢家乐(白沙罗)4-11 11-5 11-8 11-7
阿米鲁/丹尼亚苏菲(柏龄花园)胜塔奇夫/韩卓琳(万挠)11-8 11-8 11-6

18岁以下男单
阿里芬(蕉赖)胜张文轩(无拉港)11-5 11-7 3-11 10-11 11-7
陈家杰(安邦再也)【5/8】胜黄宇恒(昔加末)11-10 11-9 11-7

18岁以下女单
黄玲青(北海)胜刘贝儿(爱极乐)【1】11-7 11-3 11-9
陈妍妤(沙登)【2】胜叶斯维尼(峇眼)11-6 11-6 11-8

18岁以下男双
邱瀚阳/哈里斯(万挠)【1】胜郑家兴/张兴权(芙蓉市)9-11 11-5 11-6 11-6
阿里芬/阿什拉夫(蕉赖)胜林建铭/李维瀚(槟城)10-11 6-11 11-4 11-8 11-8

18岁以下女双
陈欣柔/叶华菱(峇六拜)【2】胜吴淑晶/何诗云(爱极乐)【3/4】11-10 11-7 11-5
张乐绚/黄玲青(北海)【1】胜周嘉雯/周嘉惠(安邦再也)【3/4】11-7 11-8 11-7

18岁以下混双
庄奕捷/周嘉惠(安邦再也)【3/4】胜山姆李/何若旖(峇六拜)【2】11-9 11-6 8-11 11-9
张杰森/刘贝儿(爱极乐)胜潘家维/张乐绚(北海)【1】8-11 11-9 8-11 11-9 11-7

2020永旺信用紫盟羽联青年赛决赛成绩
15岁以下男单
孙伟明(北海)胜 范凯恒(梳邦再也)【2】11-10 11-4 11-10
15岁以下女单
丹尼亚苏菲(柏龄花园)胜 林芷心(峇六拜)【5/8】11-6 5-11 11-8 11-3
15岁以下男双
阿古维尔/卡勒斯特(纳闽岛)胜 刘嘉熠/吴绍堂(爱极乐)【3/4】11-9 9-11 11-5 11-7
15岁以下女双
莎妮纱/温妮(白沙罗)【1】胜 爱丽莎/周璇(槟城)11-7 11-4 11-4
15岁以下混双
阿米鲁/丹尼亚苏菲(柏龄花园)胜范凯恒/黄子颐(梳邦再也)11-6 11-6 11-10
18岁以下男单
陈家杰(安邦再也)【5/8】胜 阿里芬(蕉赖)11-9 10-11 11-9 11-8
18岁以下女单
黄玲青(北海)胜陈妍妤(沙登)【2】11-3 11-2 11-4

18岁以下男双
邱瀚阳/哈里斯(万挠)【1】胜 阿里芬/阿什拉夫(蕉赖)11-8 10-11 11-8 11-9

18岁以下女双
张乐绚/黄玲青(北海)【1】胜 陈欣柔/叶华菱(峇六拜)【2】11-5 11-9 11-7
18岁以下混双
庄奕捷/周嘉惠(安邦再也)【3/4】胜 张杰森/刘贝儿(爱极乐)11-10 11-5 11-9

- Advertisement -