• Juventus bersedia untuk melepaskan Aaron Ramsey untuk mengurangkan kos pembayaran gaji pasukan. Pemain berusia 29 tahun itu menerima gaji £400,000 seminggu dan dilaporkan sedang dipantau Manchester United.

 

  • Liverpool bersedia untuk mengeluarkan £110 juta untuk membawa dua pemain Wolves, Ruben Neves dan Adama Traore ke Anfield.

 

 

 

 

  • Leicester City ‘terpaksa’ memberi potongan harga ke atas pertahanan mereka, Ben Chilwell selepas pemain berusia 23 tahun itu menyatakan secara jelas untuk meninggalkan The Foxes dan berhijrah ke Chelsea.

 

 

  • Bekas pemain antarabangsa Jerman, Dietmar Hamann mengharapkan penyerang muda Bayer Leverkusen, Kai Havertz memilih Chelsea sebagai destinasi baru sekaligus menolak perpindahan ke Manchester United

 

 

  • Pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos mengimpikan untuk menamatkan kariernya di Santiago Bernabeu meskpun masih belum ditawarkan sebarang kontrak lanjutan. Kontrak pemain berusia 34 itu akan tamat pada musim panas tahun depan.

 

  • Real Madrid berhasrat untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante dan bersedia untuk menawarkan The Blues dengan harga £71 juta untuk membawa pemain berusia 29 tahun itu ke Santiago Bernabeu.

 

 

  • Kelab Ligue 1, Marseille berusaha untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Argentina, Gonzalo Higuain andai kelab itu melantik Fabrizio Ravanelli sebagai pengarah sukan kelab itu.

 

 

  • Chelsea sedang meneliti beberapa perkara berhubung perpindahan penyerang RB Leipzig, Timo Werner sebelum The Blues membuat pengumuman rasmi terhadap pemain berusia 24 tahun itu.

 

  • Pemain tengah Barcelona, Arturo Vidal memberi bayangan untuk berhijrah ke Inter Milan dan menyertai Antonio Conte jika beliau merasakan The Catalan tidak memerlukan khidmatnya. Inter dikhabarkan bersedia untuk membayar £27 juta untuk mendapatkan pemain berusia 33 tahun itu.

 

 

 

 

- Advertisement -