Saingan bagi perebutan gelaran juara saingan badminton Top Glove Pro Am Purple League 2020 menyaksikan laluan berbeza menanti Soong Joo Ven dan Iskandar Zulkarnain dalam kategori perseorangan lelaki.

Soong Joo Ven yang diletak selaku pilihan pertama diundi berdepan Misbun Ramadan Misbun di pusingan 16 terbaik sementara Iskandar Zulkarnain yang turun sebagai pilihan kedua kejohanan akan berdepan Teh Zi Yi.

Yeoh Seng Zoe pula yang diletak sebagai pilihan 3/4 pula akan turun menentang Lim Chi Wing sementara seorang lagi pemain pilihan 3/4, Tan Jia Wei pula diundi bertemu Muhd Izzuddin Shamsul Muzli bagi memburu slot lapan terbaik ke peringkat suku akhir.

Bagi saingan bergu lelaki, laluan tampak seimbang buat bergu bergu pilihan. Ahmad Maziri Mazlan-Arif Abdul Latif yang turun dengan status pilihan pertama diundi bertemu Tan Jia Wei-Tan Kok Xian.

Andai Maziri dan Arif cemerlang di pusingan 16 terbaik dan berjaya melepasi peringkat suku akhir, mereka berkemungkinan bakal bertemu pilihan ke 3/4, Iskandar Zulkarnain-Nur Muhd Azriyn Ayup diperingkat separuh akhir.

Iskanda dan Azriyn akan memulakan saingan bergu lelaki apabila diundi menentang Ameer Amri Zulkarnain-Muhd Syamil Idham.

Sementara Shia Chun Kang-Wong Tei Ci yang dilabel sebagai pilihan kedua pula akan memulakan aksi dengan menentang Lee Jian Yi-Lim Kim Wah.

Jadual perlawanan bagi bergu campuran juga tidak kurang menarik dimana dua bergu pilihan dijangka tidak berdepan masalah untuk sekurang kurangnya melangkah sehingga ke peringkat separuh akhir.

Pilihan pertama, Lim Tze Jian-Gan Jing Err akan bertemu Ahmad Maziri Mazlan dan dijangka akan menghadapi gandingan ke 3/4 kejohanan, Mohd Arif Abdul Latif-Desiree Siow di peringkat suku akhir.

Laluan yang hampir sama juga menanti bergu yang diletak selaku pilihan kedua, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang akan turun menentang Tan Yi Han-Ng Qi Xuan.

Tien Ci dan Chiew Sien dijangka bertemu pilihan ke 3/4 , Tan Kopk Xian-Wong Kha Yan di peringkat suku akhir.

Top Glove Purple League Pro-Am 2020 dijadual bermula dari 29 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

Bagi aksi yang dijadual berlangsung pada 29 hingga 31 Disember 2020, kejohanan akan berlangsung tanpa kehadiran penonton selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak penularan wavak Covid 19.

Manakala aksi separuh akhir yang dijadual pada 1 Januari 2021) dan final serta penentuan tempat ke 3/4 pada 2 dan 3 Januari 2021, keputusan samada membenarkan kemasukkan penonton ke Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya untuk menyaksikan perlawanan hanya akan ditentukan berdasarkan keputusan oleh MKN dan KKM serta saranan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Meskipun berdepan situasi semasa COVID-19, MPL mengambil inisiatif untuk menganjuran Top Glove Purple League Pro-Am 2020, yang ditaja oleh Top Glove.

Kejohanan ini merupakan acara individu bertujuan mewujudkan platform kompetitif untuk pemain pemain profesional yang memerlukan pertandingan sekaligus bangkit dan memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.

MPL turut mengucapkan terima kasih kepada Kelab Badminton Putrajaya diatas sokongan mereka terhadap acara ini, dan kerjasama ini sebagai tanda kelab badminton dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) saling melengkapi dalam usaha memajukan sukan badminton Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Purple League, Ho Khek Mong percaya bahawa selepas berehat lebih dari setengah tahun, pemain pemain ini begitu dahagakan pertandingan. Justeru, kejohanan ini pastinya cukup hangat dan dinantikan oeh peminat badminton tempatan. Pada masa yang sama, Ho menggesa kepada semua komuniti badminton khususnya untuk terus kekal berhati-hati.

Sebarang perubahan atau perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

PECAHAN HADIAH WANG TUNAI

BERGU LELAKI & BERGU CAMPURAN

Juara- RM15,000

Naib Juara – RM8,000

Tempat ke 3 – RM4,000

Tempat Ke 4 – RM2,000

Tempat 5  – 8 – RM1,000

Tempat 9 – 16 – RM500

 

PERSEORANGAN LELAKI:

Juara – RM10,000

Runner-up – RM5,000

Tempat ke 3 – RM2,500

Tempat Ke 4 – RM1,500

Tempat 5  – 8 – RM1,000

Tempat 9 – 16 – RM500

- Advertisement -