Oleh Ku Mohd Lufti

Atlet lawan pedang Joshua Koh I Jie  dan atlet renang Phee Jing En masing-masing dinobatkan selaku olahragawan dan olahragawati anugerah MASISWA 2015.

Pencapaian terbaik Phee Jing En  adalah memenangi 1 pingat emas dan 1 pingat perak ketika beraksi di Sukan Sea,Singapura tahun lalu, malah beliau adalah pemegang rekod kebangsaan bagi acara 50 Meter  dan 100 Meter kuak lentang wanita.

Penuntut Universiti Taylor ini turut merangkul 3 emas di kejohanan Kejuaraan Kumpulan Umur Asia Tenggara di Vietnam musim lalu.

Malah, atlet kelahiran Selangor ini masih memasang impian untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio Brazil Ogos depan.

“Sudah tentu banyak yang perlu saya korbankan, masa bersama keluarga dan lain lain. Agak terkejut apabila diumum untuk memenangi anugerah ini. Kerana banyak kejohanan berkaitan seperti SIPMA dan kejohanan anjuran MASISWA tidak saya sertai kerana bertindih dengan kejohanan lain. Saya tidak menjangka boleh menang,” katanya.

Pemilihan Joshua Koh I Jie yang merupakan penuntut Universiti Nilai pula berdasarkan prestasinya ketika beraksi di Sukan Sea 2011 di Indonesia serta melakar nama di arena antarabangsa tahun lalu apabila memenangi pingat emas di Kejuaraan Terbuka Hong Kong 2015.

Kedua penerima anugerah membawa pulang trofi,sijil dan wang tunai seribu ringgit.

Selain 2 anugerah utama, 6 anugerah lain turut disampaikan iaitu Pasukan Harapan Wanita dan Lelaki Terbaik,Pasukan Wanita dan  Lelaki MASISWA terbaik,Atlet harapan wanita dan Harapan Lelaki MASISWA.

Anugerah disampaikan Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Hazally Jali.

Dalam padaitu, Hazally turut memaklumkan pemilihan atlet untuk menggalas tugas di Sukan Universiti ASEAN,

AUG di Singapura Julai nanti akan diputuskan kelak kerana tuan rumah, masih belum memutuskan jumlah sukan yang akan dipertandingkan.

Malah, Malaysia akan melakukan penilaian dengan lebih teliti untuk memastikan hanya atlet yang berpotensi untuk meraih pingat sahaja yang akan dibawa.

Tambah hazally, atlet atlet sedang melakukan persiapan meskipun peruntukkan yang aga terhad ketika ini.

AUG 2014 di Palembang, Malaysia menamatkan saingan ditangga ketiga dengan 40 pingat emas, 42 pingat perak dan 49 pingat gangsa.

 

SENARAI PENERIMA ANUGERAH DI MAJLIS ANUGERAH SUKAN MASISWA 2015

 

ANUGERAH OLAHRAGAWAN MASISWA 2015

JOSHUA KOH I-JIE (LAWAN PEDANG – NILAI UNIVERSITY)

 

ANUGERAH OLAHRAGAWATI MASISWA 2015

PHEE JING EN (RENANG- TAYLOR’S UNIVERSITY)

 

ANUGERAH ATLET HARAPAN LELAKI MASISWA 2015

1) MUHAMMAD FIRDAUS BIN OMAR (HOKI – UNITEN)

2) KEITH LIM KIT SERN (RENANG – UCSI UNIVERSITY)

 

ANUGERAH ATLET HARAPAN WANITA MASISWA 2015

1) NUR AISYAH BINTI YAACOB (HOKI – UNITEN)

2) NATASHA BINTI MOHAMED ROSLAN (TENPIN BOLING – SUNWAY UNIVERSITY)

 

ANUGERAH PASUKAN TERBAIK LELAKI MASISWA 2015

PASUKAN RAGBI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

 

ANUGERAH PASUKAN TERBAIK WANITA MASISWA 2015

PASUKAN HOKI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)

 

ANUGERAH KHAS MASISWA 2015

PASUKAN RENANG MASISWA KE KEJOHANAN SIPMA 2015

 

ANUGERAH ZON TERBAIK MASISWA 2015

ZON UTARA

 

ANUGERAH RAKAN SUKAN MASISWA 2015

ASTRO ARENA (MEDIA ELEKTRONIK)

KOSMO (MEDIA CETAK)

 

ANUGERAH PENGHARGAAN SEKALUNG BUDI 2015

1) TUAN HAJI ARIFFIN MOHAMED YUSOF

2) EN. HUSSIN ALI

- Advertisement -