Jaguh berbasikal yang juga juara dunia tiga kali, Marianne Vos menarik diri daripada menyertai perlumbaan berbasikal lebuh raya wanita yang dijadual berlangsung di Sepanyol.

Pelumba yang beraksi untuk pasukan CCC Liv itu tidak akan menyertai perlumbaan Emakumeen Nafarroako Klasikoa yang akan bermula pada hari ini kerana risau dengan situasi semasa pandemik Covid 19.

Dengan situasi semasa kes jangkitan harian Covid 19 di Navarra yang sentiasa meningkat menambahkan lagi keresahannya untuk menyertai perlumbaan itu.

Menerusi kenyataan oleh pengurus pasukan, Eric Van Den Boom, keselamatan pelumba pelumba adalah keutamaan pasukan.

Malah, protokol kesihatan yang ketat dikenakan dalam pasukan setiap bulan untuk memastikan kesemua yang terlibat adalah bebas daripada jangkitan Covid 19.

Eric juga gembira apabila perlumbaan berbasikal diadakan semula sejak penularan wabak ini secara globa pada Februari lalu.

Namun baginya dengan keadaan semasa kes jangkitan dilokasi perlumbaan, beliau berpendapat selepas mengambil kira pandangan daripada doktor pasukan, ia tidak berbaloi untuk pelumba pelumba mengambil risiko dengan menyertai perlumbaan itu.

 

 

- Advertisement -