Carta kedudukan pendahulu bagi perseorangan lelaki dan wanita menyaksikan perubahan pendahulu selepas tamat hari ketiga saingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Perseorangan lelaki kumpulan A, Justin Hoh melakar kemenangan straight set ke atas Jimy Wong 21-11, 21-13 sekaligus merampas kedudukan daripada pendahulu hari kedua, Ong Zhen Yi.

Justin berkongsi 4 mata dengan tiga lagi pemain, Jacky Kok Jing Hong, Ong Zhen Yi dan Ong Ken Yong.

Lain lain perlawanan dalam kumpulan A Ong Ken Yon menang straight set 21-17, 25-23 ke atas Muhd Fazriq Mohd Razif sementara Ong Zhen Yi menundukkan Jacky Kok Jin Hong 21-19, 21-12.

Kumpulan B masih gah diungguli Eogene Ewe Eon yang mengumpul lima mata selepas menang 21-17, 21-13 ke atas Dylan Ooi Ding Sheng sekaligus masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas lima perlawanan.

Dikedudukan kedua Muhd Adam Shah yang mengumpul 4 mata.

Saingan perseorangan perempuan kini terarah kepada kumpulan B selepas kumpulan A melabuhkan tirainya semalam.

Giliran Siti Nurshuhaini mengungguli carta selepas menundukkan pendahulu semalam, Ong Xin Yee dengan kemenangan straight set 21-19, 21-10)

Shuhaini berkongsi 4 mata dengan Xin Yee yang kini menghuni tangga kedua  selepas mengharungi 4 perlawanan.

Aksi bergu lelaki menyaksikan Wan Muhd Haikal dan Wan Muhd Arif melakar kemenangan straight set Choi Jian Sheng – Wong Ven Sean 21-17, 21-15.

Kemenangan 100 peratus selepas 3 perlawanan memastikan Haikal dan Arif terus mengekori dan berkongsi 3 mata dengan pendahulu Beh Chun Meng-Goh Boon Tze

Saingan bergu perempuan pula menjadi milik Cheng Su Yin- Goh Pei Kee yang mengekalkan rekod tanpa kalah sekaligus mengesahkan status selaku pendahulu selepas lengkap dua perlawanan.

Aksi terakhir, Su Yin dan Pei Kee menang straight set 21-15, 22-20 ke atas pasangan Low Yeen Yuan+Valeree Siow

 

Keputusan perlawanan 3:00 PTG

BS-A – Group Ong Ken Yon – Muhd Fazriq (21-17, 25-23)
BS-A – Group Ong Zhen Yi  – Jacky Kok Jing Hong  (21-19, 21-12)
BS-A – Group Chia Jeng Hon – Chua Kim Sheng (21-16, 22-20)
BS-A – Group V Poopathi – Anson Cheong – V Poopathi (21-11, 21-16)
BS-A – Group Justin Hoh – Jimmy Wong (21-11, 21-13)

BS-B – Group Eogene Ewe Eon – Dylan Ooi Ding Sheng (21-17, 21-13)
BS-B – Group Rex Hooi Shao Herng – Jan Jireh Lee (21-12, 21-17)
BS-B – Group Muhd Adam Shah – Low Han Chen – (17-21, 21-15, 21-15)

BS-B – Group Ferdinan Ramno – Muhd Faiq )(21-14, 21-18)

GS-B – Group Chan Wen Tse  – Chong Jie Yu – (21-13, 21-11)
GS-B – Group Loh Zhi Wei – Tan Shen Thing (21-14 17-21 21-12)
GS-B – Group Siti Nurshuhaini – Ong Xin Yee (21-19, 21-10)

GD – Group CHENG Su Yin+GOH Pei Kee  – LOW Yeen Yuan+VALEREE SIOW – (21-15 22-20)

BD – Group KOK Jia Cheng+OOI Yi Hern – BRYAN JEREMY+LIEW Xun (21-18, 18-21, 15-21)

BD – Group MUHAMMAD HAIKAL+WAN MUHAMMAD ARIF – CHOI Jian Sheng+WONG Vin Sean (21-17 21-15)

Keputusan perlawanan 4:30 PTG

BS-C – Group Aaron Tai – Hanz Haiqal – AARON TAI (21-17 12-21 21-19)
BS-C – Group Lok Hong Quan – Kang Khai Xing (21-18 21-18)
BS-C – Group TAMILARASUKUMAR – KEE Is Qian

BS-D – Group Lee Yen Wei – Lim Wei Hou  (28-26 21-18)
BS-D – Group Kong Teck Joon – Chee Hong Wei (21-18 21-7)
BS-D – Group Low Hao Feng – Mohd Amzar Hakimi (23-21 21-18)

GS-C – Group Oo Shan Zi – Wong LILY (21-12 21-11)
GS-C – Group Siti Zulaikha – TAN Zhing Hui (21-18 18-21 21-12)

- Advertisement -