Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican optimis kesemua jenis sukan dapat kembali beroperasi sepenuhnya dan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kelonggaran yang telah diberikan kepada beberapa sektor sukan secara berperingkat bermula dengan kem secara kuaratin Road To Tokyo sehinggalah sesi latihan pasukan bolasepak yang dilihat berjaya dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ditambah dengan kes jangkitan Covid 19 di negara yang menunjukkan penurunan yang positif serta displin rakyat yang sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan, senario ini diharapkan memberi impak yang positif untuk industri sukan negara.
âSaya punya perjuangan adalah untuk melihat semua sukan yang dahulunya beraksi dengan aktif, dapat dimulakan dalam masa terdekat.
âMelihat kepada keyakinan yang datang daripada pihak MKN dan KKM dalam sektor-sektor yang lain, saya begitu optimis sektor sukan juga akan diberi pertimbangan sangat positif,â katanya ketika melakukan lawatan ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Lawatan bertujuan untuk melihat sendiri persediaan yang dilakukan oleh SIC berdasarkan garis panduan MKN dan KKM serta KBS untuk melangsungkan acara sukan permotoran.
Datuk Seri reezal nyata berpuas hati dengan persiapan SIC yang teliti dan terperinci dan kini KBS ‘perlu meyakinkan’ MKN dan KKM untuk membenarkan sukan permotoran beroperasi sepenuhnya.
KBS akan membentangkan cadangan pembukaan sektor sukan bola sepak untuk latihan penuh berkontak dan kebenaran untuk kejohanan sukan secara berperingkat ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 9 Julai depan.