Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melakukan lawatan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara petang tadi untuk menyaksikan sendiri kejohanan pertama yang dianjurkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Kehadiran beliau disambut Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh yang kemudiannya mengiringi Datuk Seri Reezal ke arena pertandingan untuk menyaksikan perlawanan diantara Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven.

“Dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP) dijaga dengan rapi dan saya nampak semua menitikberatkan kesihatan dan sanitasi.

“Saya berpuas hati dan jika ini berterusan, dengan norma baharu walaupun kita depan dengan Covid 19 dan kita berharap tidak ada berlaku penularan daripada kelompok kluster sukan,”kata Datuk Seri Reezal.

Beliau turut memuji BAM dalam menganjurkan pertandingan ini kerana ia memberi satu pendedahan yang baik terutama pemain pemain muda.

“Yang paling baik disini adalah pemain pemain dapat bermain bersama sama termasuklah pemain pemain remaja.

“Ini satu pendekatan yang cukup baik. Bayangkan bagaimana ketika pemain pemain remaja berlatih dan melihat bagaimana pemain pemain senior bermain dan ia memberi motivasi yang berbeza berbanding ketika pemain pemain remaja ini berlatih di Bukit Jalil sebelum ini,” katanya lagi.

- Advertisement -