jing.yi

Oleh Muhammad Aiman

Pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya setelah kekalahan kepada pemain Jepun, Akane Yamaguchi dalam aksi terakhir Kumpulan K menutup peluangnya untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pertandingan badminton Sukan Olimpik Rio De Janeiro.

Pemain di ranking ke-29 dunia itu beraksi baik untuk memberi tentangan sengit kepada Akane yang merupakan pemain di ranking kelapan dunia di set pertama, namun kecederaan dialami ketika sedang mendahului 17-15 merubah nasib pemain itu yang terpaksa akur dengan kekalahan 18-21, 5-21.

ā€œJika tidak kerana kecederaan, saya yakin mampu menewaskannya. Namun, ia sudah berlaku dan saya perlu akur dan terima keputusan ini bahawa setakat ini sahaja cabaran saya di Rio,ā€ ujarnya penuh kecewa.

Jing Yee sebelum ini memulakan cabaran di Rio dengan langkah kanan meskipun dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan pemain Republik Czech, Kristina Gavnholt 22-20, 21-15.

Tersingkirnya Jing Yee bermakna dia sekadar menyamai pencapaian di London 2012 apabila gagal melepasi halangan peringkat kumpulan, sekaligus menyaksikan hanya dia seorang sahaja pemain negara gagal meneruskan cabaran ke pusingan seterusnya setelah Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Vivian Hoo-Woon Khe Wei, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Datoā€™ Lee Chong Wei kesemuanya melangkah ke pusingan suku akhir.

- Advertisement -