Saingan pembukaan kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula pada hari ini melibatkan enam pemain bagi Divisyen 2.

Hari pertama menyaksikan dua pemain Leong Jun Hao dan Lim Chong King melakar rekod kemenangan 100 peratus pada hari pertama.

Jun Hao mengakui masalah ‘lambat panas’ selepas tidak menjalani latihan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu mengharapkan peningkatan yang lebih baik dan permainan yang lebih tenang.

“Hari pertama sedikit sukar untuk saya dan harapnya dapat lakukan yang lebih baik selepas ini. Prestasi saya tidak seperti yang diharapkan.

“Seperti sebelum ini memang saya hadapi masalah permulaan yang lambat dan sedang berusaha untuk mengubah situasi ini,”kata Leong Jun Hao yang mengungguli Divisyen 2, berkongsi empat mata dengan Lim Chong King dibezakan dengan jumlah kutipan mata.

Leong Jun Hao bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk menang dua set berikutnya 20-22 21-16 21-14 untuk mengatasi Ter Chun Long disebelah pagi sebelum memastikan kemenangan kedua selepas menewaskan Low Eu Cong dengan kemenangan straight set 23-21, 22-20

 

 

Meskipun berada di tangga kedua, Lim Chong King tidak merasakan tekanan dalam misi memburu slot ke Divisyen 1.

“Selain Jun Hao, Wyman Goh juga boleh saya katakan sebagai pemain yang mampu beri tentangan sengit. Tetapi saya tidak mahu memberi fokus kepada pemain tertentu, tetapi mahu memastikan fokus dan momentum yang terbaik dalam setiap perlawanan ,”kata Lim Chong Kim.

Beliau mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan yang dilihat faktor utama untuk mendominasi perlawanan selain cuba mengelak tewas di set pertama.

Lim Chong Kim menang straight set 21-15, 21-14 ke atas Low Eu Cong disebelah pagi.

Namun beliau bergelut pada perlawanan kedua di apabila tewas di set pertama sebelum menutup hari pertama dengan kemenangan kedua, menewaskan Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar 19-21, 21-15, 21-14.

Dua pemain, berkongsi dua mata bagi saingan Divisyen 2 adalah Muhammad Shaqeem dan Wyman Goh selepas mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan pada hari ini.

Wyman Goh tewas 21-18, 9-21, 17-21 kepada Muhammad Shaqeem Shahyar pada perlawanan pertama namun bangkit untuk meraih kemenangan sulung selepas menundukkan Ter Chun Long straight set 22-20, 21-16

Manakala Muhammad Shaqeem Shahyar dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas Wyman Goh dalam aksi tiga set 18-21 21-9 21-17 namun tewas kepada Lim Chong King dengan kemenangan 19-21, 21-15, 21-14.

Dalam pada itu, jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan yang turut menyaksikan perlawanan sesi pagi pada hari ini berpendapat kejohanan dijadikan platform untuk melihat prestasi semasa pemain pemain.

“Kejohanan ini baik untuk pemain pemain selepas sekian lama tidak berlatih kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

“Mereka kelihatan lambat panas kerana tiada kejohanan yang disertai untuk tempoh tiga hingga empat bulan. Ada juga pemain yang mengalami tekanan seperti Jun Hao yang tampak resah ketika di gelanggang.

“Tetapi akan menjadi lebih baik pada perlawanan perlawanan seterusnya,”kata Hendrawan.

Kejohanan Badminton Jemputan BAM 2020 merupakan kejohanan anjuran BAM selepas empat bulan tanpa sebarang pertandingan kompetitif susulan pandemic Covid 19 yang akan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Kejohanan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara secara tertutup tanpa kehadiran penyokong menggunakan format pertandingan ‘round robin’ dijalankan secara tertutup dan dibahagi kepada dua peringkat.

Bagi peringkat 1, pertandingan akan berlangsung dari 5 – 7 Ogos melibatkan enam pemain simpanan yang akan bersaing merebut dua kelompok teratas sekaligus bakal beraksi di divisyen utama.

Divisyen 1 pula akan bermula dari 11 – 16 Ogos dibahagi kepada lima kategori dan akan disertai 52 pemain senior termasuk lapan pemain profesional.

Keputusan Perlawanan Divisyen 2

Sesi pagi

Leong Jun Hao – Ter Chun Long (20-22 21-16 21-14)

Lim Chong King – Low Eu Cong (21-15 21-14)

Muhammad Shaqeem Shahyar – Wyman Goh (18-21 21-9 21-17)

Sesi petang

Leong Jun Hao – Low Eu Cong (23-21, 22-20)

Lim Chong King – Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar (19-21, 21-15, 21-14)

Wyman Goh – Ter Chun Long (22-20, 21-16)

- Advertisement -