Persaingan musim 2021 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix kembali rancak dengan Pusingan 3 dan 4 yang dianjurkan serentak di Litar Utara Sepang minggu ini.

Setelah sekian lama ā€˜direhatkanā€™, semangat dan daya saing para pelumba nyata kelihatan apabila hanya satu saat memisahkan kedudukan pelumba pertama dengan pelumba tempat ke-14 dalam catatan masa sesi kelayakan kategori premier, CP150.

Catatan masa terpantas sesi kelayakan CP150, 1ā€™17.271s, dilakukan oleh Mohd Muzakkir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team. Muzakkir yang sememangnya dikenali sebagai pakar Litar Sepang, berjaya mengatasi benteng 3-penjuru pelumba-pelumba pasukan Yamaha GENBLU AHM Motorsport, Ahmad Fazrul Sham, Mohd Iqbal Amri Abdul Malek serta Mohd Khairul Ikhwan Ajis.

ā€œSaya berasa amat berpuas hati dengan keputusan kami hari ini. Saya serta rakan sepasukan, Mohd Akid Aziz, agak konsisten dari latihan bebas pertama sehinggalah ke sesi kelayakan. Peningkatan prestasi Akid pusingan ini begitu penting untuk pasukan kami. Dengan adanya Akid di kelompok pertama, kami boleh menggunakan strategi berpasukan seperti yang sering dipraktikkan oleh pelumba-pelumba lain,ā€ jelas Muzakkir.

Pelumba senior pasukan Yamaha GENBLU AHM Motorsport, Ahmad Fazrul Sham, mencatatkan masa kedua terpantas dengan 1ā€™17.285s disusuli Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team dengan 1ā€™17.335s.

Pasukan Yamaha GENBLU AHM Motorsport mula menunjukkan taring dengan persembahan yang begitu memuaskan oleh ketiga-tiga pelumba pasukan mereka. Mohd Iqbal Amri dan Mohd Khairul Ikhwan Ajis menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa ke-4 dan ke-5 masing-masing.

Pelumba lain yang turut berjaya melayakkan diri ke sesi Super Pole CP150 adalah Mohd Haziq Mohd Fairues, Mohd Izam Ikmal, Mohd Shafiq Rasol, Mohd Aiman Tahiruddin, dan Ahmad Afif Amran.

Kejutan berlaku pada sesi kelayakan ini ialah apabila Mohd Akid Aziz yang begitu dominan dalam dua sesi kelayakan bebas di sebelah pagi, menamatkan sesi kelayakan di tangga ke-12 dan tidak berjaya melayakkan diri ke Super Pole CP150. Di samping itu, pelumba-pelumba ternama seperti pendahulu kejuaraan Nazirul Izzat Bahauddin dan rakan sepasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayuddin menamatkan sesi kelayakan hanya di tangga ke-14 dan ke-15.

Dominasi pasukan ONEXOX TKKR Racing Team berterusan dalam kategori CP125 dengan persembahan mantap dari Mohd Hafiza Rofa yang mencatat masa 1ā€™22.229s. Mohd Fareez Afeez dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team berjaya mencatat masa kedua terpantas 1ā€™22.892s manakala catatan masa ketiga terpantas 1ā€™23.050s menjadi milik Mohd Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor

The ONEXOX TKKR Racing Teamā€™s domination continued in the CP125 category when Mohd Hafiza Rofa clocked 1ā€™22.229s at the top of the timesheets. Mohd Fareez Afeez from the Ipone Yamaha YY Pang Racing Team and Mohd Syafiq Rosli from team PETRONAS Spritna Yamaha Maju Motor were second and third fastest respectively.

Dalam kategori Wira KBS, Mohd Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Honda Team menyahut cabaran untuk mematahkan dominasi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing dalam kategori bawah-17 tahun itu. Harith mencatat masa 1ā€™24.961s, 0.354s di hadapan trio pasukan 31 Racing tersebut.

- Advertisement -