Football Association of Malaysia (FAM) Logo - 230x250Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman denda RM 25 000 kepada dua persatuan, susulan insiden kekecohan oleh penyokong kedua dua pasukan pada aksi liga super musim ini.
Menerusi kenyataan media, FAM turut mengesahkan dua persatuan tersebut, Persatuan Bolasepak Sarawak, FAS dan Persatuan Bolasepak Perak, PAFA bakal beraksi di laman sendiri tanpa kehadiran penyokong. 
FAS dikenakan hukuman itu selepas penyokong mereka membakar mercun dan melontar objek ke dalam padang dan batu ke arah bas pasukan FELDA United selain kereta pegawai perlawanan.
Sarawak mungkin beraksi di stadium kosong membabitkan dua perlawanan iaitu menentang Kedah dan Terengganu FC II. 
Manakala hukuman ke atas PAFA dikenakan hukuman susulan insiden kekecohan yang berlaku di luar Stadium Perak selepas perlawanan Liga Super antara pasukan tuan rumah dan Selangor pada 19 Februari lalu. 
FAM bagaimanapun menangguhkan hukuman beraksi di stadium kosong dan hanya akan dikuat kuasakan serta merta jika kesalahan sama berulang dalam tempoh enam bulan. 
SEmentara itu, Persatuan Bola Sepak Selangor, FAS dikenakan denda RM10,000, akibat tindakan penyokong mereka membakar suar ketika perlawanan Piala FA menentang Air Asia FC di di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 19 Februari,
Seorang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Amirul Hadi Zainal pula digantung dua perlawanan selepas menerima kad merah akibat melakukan kekasaran ke atas pemain UiTM FC pada aksi Piala FA, 19 Februari lalu. 
- Advertisement -