Aksi perlawanan Piala FA antara Kelantan (merah) dan PKNS.
Aksi perlawanan Piala FA antara Kelantan (merah) dan PKNS.

KELANTAN menang tipis 3-2 ke atas PKNS dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV.

Mereka akan bertemu sekali lagi minggu depan.

Ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Radzi berjaya menjaring gol pertama The Red Warriors (TRW) melalui sepakan percuma selepas tiga minit.

Usaha PKNS untuk menyamakan kedudukan berhasil menerusi gerakan penyerang import Karlo Primorak yang bijak melorongkan bola sebelum di sudahkan dengan tepat oleh Patrick Ronaldinho.

Tiga minit sebelum tamat babak pertama, pemain sayap Tengku Hasbullah Raja Hassan berjaya melakukan susulan dengan merembat masuk selepas penjaga gola menepis percubaan Mohamad Ghaddar itu menjadikan kedudukan 2-1.

Kemasukan penyerang gantian, Ahmad Shakir Ali pada minit ke-73 menggantikan Tengku Hasbullah seperti membawa tuah apabila pemain berkenaan berjaya menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke-75 selepas menerima lorongan Mohd Badhri.

Bagaimanapun, PKNS berjaya merapatkan kedudukan apabila pemain importnya, Kim Dongchen menjaringkan gol kedua pelawat pada minit ke-82.

- Advertisement -